Designed By: ehsanibnzaid


Monday, September 25, 2006

Rehal Ramadan: Rasulullah ingatkan elak pembaziran

RAMADAN mempunyai banyak rahsia tersirat yang perlu dicungkil oleh umat Islam. Dalam melalui bulan penuh keberkatan dan kerahmatan ini, kita perlu insaf pelbagai tujuan Allah mensyariatkan puasa kepada umat Islam.

Dalam Ramadan terkandung banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita gunakan bagi melalui hidup ini dengan lebih sempurna.

Antara pengajaran itu ialah ingatan supaya kita tidak melakukan pembaziran dan boros dalam kehidupan.
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi pembaziran.
Pembaziran ialah mengeluarkan wang atau menggunakan barang secara berlebih-lebihan.

Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).

Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.

Ayat al-Quran dan hadis di atas juga menyatakan bahawa pemborosan dan pembaziran adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan oleh orang yang mengaku diri mereka benar-benar beriman dengan Islam.

Dalam keghairahan umat Islam menyambut Ramadan dan kedatangan Syawal nanti, mereka tidak seharusnya lalai dan leka hingga melanggar etika berbelanja seperti ditetapkan oleh Islam, terutama boros dalam perbelanjaan.

Jika berbuka jangan keterlaluan, biarlah bersederhana.
Meskipun berbelanja berlebihan adalah hak golongan berada, pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai suatu pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran.

Baginda melarang amalan pembaziran dan tidak pernah melakukan sesuatu perbelanjaan yang melampaui batas.

Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: “Ketika Mu'awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah, katanya Rasulullah tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji.

Beliau juga berkata: Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Sikap Rasulullah seperti dijelaskan dalam hadis ini sepatutnya dijadikan ikutan dan teladan oleh semua umat Islam.

Dalam pada itu, pemborosan juga berlaku dari aspek ingin menceriakan perasaan anak.

Ada segelintir ibu bapa yang melaburkan wang ringgit semata-mata untuk membeli mercun dan bunga api demi menggembirakan anak.

Justeru, setiap Muslim perlu sedar bahawa Ramadan yang telah dilalui ini banyak mendidik agar sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja.

Berbekalkan didikan sepanjang Ramadan, maka gunakanlah untuk mengharungi kehidupan dalam sebelas bulan yang akan datang.

Oleh itu, alangkah baiknya jika kita membanteras amalan pemborosan dan pembaziran yang keji itu dengan menggalakkan amalan kebajikan, seperti bersedekah.

Sedikit bantuan atau sumbangan yang dihulurkan kepada golongan yang tidak berada, ada disediakan ganjaran pahala di sisi Allah. Mereka juga akan menghargai pemberian itu dan merasakan kita sentiasa mengingati mereka.

Sunday, September 03, 2006

SEMINAR PERANAN WANITA DALAM ERA GLOBALISASI

“Sebaik-baik Hiasan Dunia Ialah Wanita Solehah"

ANJURAN BERSAMA

WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH
(WAMY MALAYSIA OFFICE)
&
PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM (JAM‘IYAH)
SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN



Tarikh : 16 & 17 September 2006
Hari : Sabtu & Ahad (8.00 pg-5.00pm)
Tempat :
Kuala Lumpur International Hotel
Jalan Raja Muda Abdul Aziz, KL.




Tentatif program

Sabtu – 16 September 2006
08.30 pg : Pendaftaran
09.00 pg : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
09.05 pg : Gema Wahyu
09.20 pg : Persembahan Slot Multimedia WAMY Malaysia & JAM’IYAH
09.50 pg : Ucapan Pengurus Bahagian Wanita WAMY Malaysia
& Bahagian Wanita JAM’IYAH
10.00 pg : Ucapan Perasmian oleh Dato’ Sharizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga)
10.30 pg : Kudapan
10.45 pg : Pembentangan kertas-kerja 1: Kisah-kisah Wanita Dalam Al-Quran
12.15 tgh : Sesi Soal Jawab
12.45 tgh : Makan tengahari dan solat Zohor
02.00 ptg : Pembentangan kertas-kerja 2: Wanita dan Keluarga
03.30 ptg : Sesi Soal Jawab
04.00 ptg : Bengkel 1+2 & Pembentangan Kumpulan
05.00 ptg : Minum petang, solat Asar dan penangguhan

Ahad – 17 September 2006

08.45 pg : Taklimat Pengerusi Majlis
09.00 pg : Pembentangan Kertas Kerja 3:
Wanita Sebagai Pemangkin Kemajuan Negara
10.15 pg : Sesi Soal Jawab
10.45 pg : Kudapan
11.00 pg : Pembentangan Kertas Kerja 4:
Kesihatan Wanita dan Isu Seksual Semasa
12.15 tgh : Sesi Soal Jawab
12.45 tgh : Makan tengahari dan solat Zohor
02.00 ptg : Kertas Kerja 5: Wanita dan Undang-undang
03.00 ptg : Sesi Soal Jawab
03.30 ptg : Bengkel 3+4+5 & Pembentangan Kumpulan
04.30 ptg : Ucapan perasmian penutup
05.00 ptg : Minum petang, solat Asar dan bersurai

Yuran penyertaan: Pelajar IPTA/S RM 40
Individu RM 70
Wakil organisasi RM 100
(pakej termasuk folder, kertas-kerja, makan-minum)


Daftarlah sekarang!!!!
Sila hubungi:

CIK SITI (WAMY) 03-42574608 / 016-9661941 ATAU
PN. AIN (JAM‘IYAH) 03-40441950 sambungan 1951

Awas perangkap anak-anak perempuan Islam

Dilulus terbit oleh Webmaster pada Monday, August 21 @ 08:28:40 MYT

MUJAHID304 menulis "Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam. Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"


PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuh an kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau
seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikirabenar- benarmengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketikaini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggungjawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak
diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"
Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa.

Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.


Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggala h satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.


Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat
senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. Amin??Ya Rabbil A'lamin.

LAYARILAH BLOG KAMI DI:-
www.jasindaily. blogspot. com

Monday, August 21, 2006

The 7 Habits of Highly Effective People

Thursday, May 04, 2006

KELAHIRAN MUHAMMAD DISEBUT DI DALAM KITAB KRISTIAN & YAHUDI

Oleh: Dr. Danial
Edit: abg. ayoi


Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah SWT dan tanda RahmatNya kepada sekalian alam.

Allah berfirman:
Dan mereka yang Kami berikan Kitab iaitu golongan Yahudi dan Nasrani, mereka mengenali Muhammad sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.

Al-Baqarah: 146


Dimaklumi bahawa Bible pada hari ini banyak ditokok tambah oleh golongan Paderi di atas usaha semakan semula yang dilakukan ke atas kitab tersebut. Namun demikian, Ulama Islam masih mengakui bahawa sebahagian kecil dari isi kandungannya masih selari dengan Al-Quran terutamanya berkenaan dengan Rasul akhir zaman. Dalam bab Genesis ayat 17 dan 18 disebutkan janji Tuhan untuk menjadikan keturunan Bani Ismail sebagai keturunan yang hebat. Ayat tersebut bermaksud: Pergilah Hajar kepada anakmu Ismail, angkatlah dan tenangkanlah ia. Aku akan jadikan keturunannya sebagai satu bangsa yang besar. Ayat ini mempunyai kaitan dengan Rasulullah SAW kerana baginda adalah daripada keturunan Nabi Ismail manakala Nabi Isa daripada keturunan Nabi Ishak.

Gospel St. John dalam Bab 16: Ayat 7, Nabi Isa menceritakan kedatangan seorang Paracletos dan terjemahan ayat ini mengikut Bible Malaysia yang bernama Al-Kitab terbitan 1996 adalah:
“Tetapi apa yang Aku katakan kepada kamu benar. Untuk kebaikan kamu lebih baik Aku pergi. Jika Aku tidak pergi. Penolong itu tidak akan datang kepadamu. Tetapi jika Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepada kamu.”
Terjemahan dari:
Nevertheless I tell you the truth; It is expedient for you that I go away: For if I go not away. The Paracletos will not come unto you; But if I depart, I will send him unto you.
Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais menjelaskan, Paracletos berasal dari uku kata ‘peri’ dan ‘cleotis’ dan apabila dicantumkan ia bermaksud ‘Yang Terpuji’. Dalam bahasa Inggeris Paracletos bermaksud “the most illustrious, glorious and renowned” dan kesemua ini selari dengan makna nama Rasulullah: Muhammad. Bible juga mengatakan, Paracletos ini akan menjadi saksi berhubung Nabi Isa dan hal ini disebutkan dalam bab John ayat 26: “Jikalau Penghibur yang akan Aku utus daripada Bapa datang...ia bersaksi tentang Aku.” Dalam bahasa Inggeris ia bermaksud: “He will bear witness of me”

Berhubung dengan ini, bekas paderi Reverend David Benjamin Keldani, di dalam bukunya yang bertajuk Muhammad in the Bible berkata: “Kisah yang terdapat di dalam St. John ini jelas menunjukkan paracletos ialah seorang manusia pilihan yang akan melaksanakan misi Tuhan Yang Agung yang belum pernah dilaksanakan oleh manusia lain, termasuk Nabi Musa dan Isa.” Tidak ada sebarang keraguan lagi bahawa perkataan Paracletos ini ditujukan untuk Rasulullah SAW kerana ciri-ciri ini dimiliki oleh Muhammad SAW. Justeru Paracletos yang terdapat di dalam Bible adalah merujuk kepada Muhammad SAW dan bukan Nabi Isa. Sir William Muir di dalam bukunya Life of Mohamet berkata: “Satu lagi panggilan yang digunakan bagi Mohamet ialah Ahmad dan di dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis di dalam Bahasa Arab, nama Ahmad digunakan di tempat Paraclete.”
Walaubagaimanapun, sebahagian daripada tokoh Kristian mentafsirkan perkataan Paracletos sebagai Holy Spirit atau Roh Suci. Pentafsiran Paracletos sebagai Roh Suci jelas bercanggah dengan doktrin agama Kristian yang menetapkan bahawa Roh suci telah sedia ada sebab dia adalah Tuhan dalam Konsep Trinity. Justeru, adalah mustahil Roh Suci yang telah sedia ada akan datang hanya selepas pemergian Nabi Isa! Di dalam buku agama Kristian yang berutoriti Anchor Bible, halaman 1135 disebutkan “The word Parakletos is peculiar in the NT to the Johnannine literature. In 1 John ii 1, Jesus is a Parakletos (not a title), serving as a heavenly intercessor with the Father,...Christian tradition has identified this figure (Paraclete) as the Holy Spirit, but scholars like Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultmann, and Beltz have doubted whether this identification is true to the original picture and have suggested that the Paraclete was once an independent salvific figure, later confused with the Holy Spirit.”
Bermaksud:
Perkataan Parakletos hanya dapat ditemui dalam tulisan-tulisan St. John. Secara tradisinya, Parakletos ini dikaitkan dengan Roh Suci. Tetapi tokoh-tokoh seoerti Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultzmann, dan Beltz memepertikaikan pandangan ini. Mereka mengatakan, parakletos pada asalnya adalah seorang manusia penyelamat yang kemudiannya disalahtafsirkan sebagai Roh Suci.

Monday, May 01, 2006

KISAH DONGENG UNTUK MASA DEPAN

Oleh: abg. Ayoi

Terdapat seorang pemuda yang awal-awal pagi lagi sudah bersahabat dengan syaitan. Sedang berselimut di waktu subuh, dia berjanji dan berjabat tangan dengan syaitan dan ingin menjadikan syaitan sebagai rakan karibnya.
Pemuda itu tidak menunaikan sembahyang subuh. Asyik dengan tidurnya, dan sehinggalah terbit matahari pagi. Seawal pagi sesudah bangun dari tidur, pemuda tersebut pun mandi dan bersiap untuk melakukan kerja-kerja harian. Syaitan memandang pemuda tersebut, dalam hatinya “Bagus sekali pemuda ini, sesuai jadik kawan aku”.
Pemuda tersebut rajin bekerja, sehinggalah tiba waktu tengah hari. Pemuda tersebut pergilah makan dan setelah berehat, dia pun terus menyambung kerjanya. Waktu zohor telah pun berlalu....tinggala beberapa minit ke waktu asar. Selang 20 minit kemudian azan asar berkumandang, pemuda tersebut tidak menghiraukan azan tersebut. Waktu zohor sudah berlalu, pemuda tadi tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah. Syaitan cukup gembira melihatkan perbuatan pemuda tersebut...dalam hatinya “nie kawan aku kat akhirat esok”. Pemuda tersebut selesai menyudahkan kerjanya, dan berjalan menuju ke rumahnya. Hari mulai senja, dan waktu asar kian berlalu. Pemuda tadi tidak menghiraukan keadaan itu dan terus berehat sehingga masuk waktu maghrib. Azan maghrib menandakan waktu asar sudah tamat...syaitan memandang tingkah laku pemuda tersebut. Tetapi kali ini, wajah syaitan mulai berubah...terkenangkan sesuatu agaknya. Berkerut-kerut dahi syaitan mengingatkan kisah silamnya dahulu...Pemuda tadi dengan selambanya pergi mandi dan membersihkan diri tanpa menghiraukan waktu maghrib tadi. Memandangkan waktu maghrib itu pendek...sejam kemudiannya masuklah waktu isya’. Syaitan berkata di dalam hatinya...”sudah...sudah dia tak sembahyang maghrib plak”.
Waktu isya’ telahpun berlalu, pemuda tadi mencapai sehelai surat khabar dan membacanya sehingga mengantuk. Syaitan berasa risau, seolah-olah ada yang tidak kena. Akhirnya, sebelum pemuda tersebut tertidur. Syaitan merapati pemuda tersebut lalu bertanya, “Mengapa kau tak sembahyang Isya’?” Jawab pemuda itu, “aku mengantuklah, penat seharian bekerja.” Syaitan pun berkata, “Aku tak mahu berkawan dengan engkau?”.
Mengapa?, tanya pemuda tersebut. Syaitan pun menjawab, “Datukku hanya melakukan satu kesalahan sahaja, iaitu tidak menurut perintah Allah untuk sujud kepada Adam, walaupun hanya sekali, dia telah dihalau dari syurga...tetapi aku lihat engkau melakukannya sebanyak lima kali pada hari ini. Cukuplah kita berkawan selama ini”....TAMAT

Saturday, April 29, 2006

USLUB DA’WAH (Pendekatan Dalam Berdakwah)

Oleh: Prof. Dato Dr. Harun Din
Editor: H.I.R

MUQADDIMAH

Dakwah memerlukan kepada uslub (kaedah) yang baik. Uslub yang terbaik adalah uslub yang bersifat rabbani sesuai dengan itu sendiri yang bersifat ‘Rabbaniy al-masdar’. Oleh itu tajuk dakwah dan uslubnya adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan kerana kejayaan dakwah bergantung kepada beberapa faktor dan antara yang utamanya ialah berkaitan uslub dakwah itu sendiri.

Dakwah Islam adalah sesuatu yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah maka ia adalah sesuatu amal yang sangat murni yang perlu dilaksanakan dengan cara yang terbaik, jujur dan ikhlas sesuai dengan maksud firman Allah :

“ Dan siapakah lagi yang paling elok percakapannya daripada mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah. ”
(Terjemahan Maksud Al -Quran, Surah Fussilat : 33)


Dakwah merupakan profesion para rasul sejak Nabi Nuh ‘alaihissalam sehingga kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wasallam. Mereka adalah da’ei (pendakwah) ulung yang diutus Allah kepada manusia untuk menunjukkan jala yang patut dilalui.

“ Dan bahawa inilah jalanku yang lurus maka ikutlah jalan tersebut dan jangan kamu ikut jalan-jalan yang lain kelak kamu akan berpecah menyeleweng dari jalan. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertaqwa. ”
(TMQ Surah Al An’am : 153)


Yang dimaksudkan dengan ‘jalan’ didalam maksud firman Allah di atas ialah agama Islam yang lurus dan sempurna untuk dijadikan panduan hidup yang lengkap. Tidak ada lagi agama atau cara hidup lain yang boleh menandingi Islam dalam apa jua aspek sekalipun.

Dakwah Islam mempunyai uslub yang tersendiri yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk dicontohi. Apa yang perlu dikaji dan diperbincangkan ialah pendekatan yang perlu diambil dalam dakwah kepada masyarakat hari ini yang agak berbeza keadaannya dengan umat terdahulu.

Masyarakat yang kita hadapi hari ini adalah masyarakat yang dipengaruhi oleh perkembangan ilmu yang berteraskan kebendaan. Ilmu yang dikejar hanyalah ilmu yang bersifat duniawi yang menjanjikan pulangan kebendaan segera dan yang tidak menjana ketaqwaan sedangkan Allah berfirman yang bermaksud :

“ Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nanti kamu kamu akan dianugerahkan pengetahuan yang berguna oleh Allah dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(TMQ Surah Al Baqarah : 282)


Oleh hal yang demikian dakwah Islam pada hari ini memerlukan kepada uslub yang terbaik dalam berhadapan dengan masalah umat kini.


DEFINISI DAN PENGERTIAN USLUB DAKWAH

‘Uslub’ adalah perkataan Arab yang bermaksud jalan atau seni dalam percakapan atau pekerjaan. Ia juga bermaksud metodologi atau cara melakukan sesuatu dan dikatakan juga sebagai sistem melaksanakan sesuatu.

Dakwah memerlukan metodologi atau uslub terkini untuk menjadikannya lebih berkesan dalam merealisasikan mesej kepada umum. Senang dan sukarnya melaksanakan tugas para da’ie dalam dakwahnya amat bergantung kepada uslubnya. Jika mudah uslubnya,maka mudahlah tercapai matlamatnya. Jika tidak, maka akan susahlah kesudahannya.

Metodologi sebagai satu ‘ilmu, kini menjadi satu keperluan yang patut dipelajari secara mendalam dan dikuasai dengan sebaiknya untuk memudahkan urusan dalam semua lapangan kehidupan. Jika dakwah tidak berlandaskan uslub yang sesuai, maka ianya akan ketinggalan dan menjadi serba sukar. Mesej dakwah tidak diminati dan akhirnya ditinggalkan pergi.

Uslub dakwah adalah merupakan suatu manhaj atau sistem tersendiri yang tidak ditiru dari mana – mana manhaj lain di dalam dunia ini. Ianya bersifat rabbani. Diwahyukan oleh Allah SWT kepada para Rasul a.s sejak dari Nabi Adam a.s sehingga Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai. Uslub tersebut tidak ketinggalan zaman kerana ianya bersifat terkini selamanya, sejajar dengan wahyu Allah SWT itu sendiri yang sentiasa segar dan sesuai pada setiap zaman dan tempat (solehun likulli zaman wa makan).

Metodologi dakwah yang baik memerlukan kepada fahaman yang mantap terhadap asas dakwah dan tujuannya, sumber dan hukumnya, pengisian dan matlamatnya. Da’ie yang prihatin dengan tugas dan yang terpenting dalam konteks kertas kerja ini ialah uslub dan pelaksanaannya. Semua itu saling bahu – membahu, yang satu bergantung dengan yang lain untuk melakukan tugas yang amat indah ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan siapakah lagi yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT”
(TMQ Surah al – Fussilat: 33)


Apa yang kita hadapi di dalam menyampaikan dakwah, usaha murni itu perlu di pertingkatkan. Para da’ie perlu lebih bersedia dengan maklumat terkini (current issues). Uslub yang sensasi, keprihatinan yang lebih tinggi dalam mempromosikan Islam melalui dakwah yang suci semata – mata untuk mengotakan sabda nabi kita, Muhammad s.a.w yang bermaksud:

“Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya”


MAFHUM USLUB AL – DA’WAH

Uslub perkataan berasal dari perkataan bahasa ‘Arab. Jama’nya (kata banyak) asaalib.Di dalam kamus al-Munjid diberi pengertian: At-thariq (jalan) atau al-fan min al – qaul au al-amal ( seni dalam percakapan atau pekerjaan.)Dalam istilah yang selalu dipakaii hari ini ianya dikenali sebagai metodolgi yang juga mengikut Kamus Dewan diberi erti: Cara melakukan sesuatu dan dikatakan juga dikataka sebagai sistem melaksanakan sesuatu.

Methodologi kini sudah menjadi suatu ilmu yang dipelajari di peringkat pengajian tinggi. Ia dikaji dan diperhalusi dengan terperinci khususnya dalam bidang pendidikan bagi menjamin matlamat sesuatu ilmu itu akan tercapai dengan mudah dan memberi kesan yang mendalam kepada penerimanya. Apa sahaja bidang ilmu yang dipelajari persoalan methodologi memainkan peranan penting memberi nafas kepada pencapaian ilmu yang dipelajari.

Dakwah memerlukan methodologi/ uslub terkini untuk menjadikan lebih berkesan dalam merealisasikan mesej kepada ilmu. Senang susah melaksanakan tugas para Da’e dalam dalam dakwahnya amat bergantung kepada uslubnya. Jika mudah uslubnya maka mudahlah tercapai matlamatnya. Kalau tidak maka akan susahlah jadinya.

Methodologi sebagai satu ilmu, kini menjadi suatu keperluan yang patut dipelajari secara mendalam dan dikuasai dengan sebagainya untuk memudahkan urusan dalam semua lapangan kehidupan. Kalau dakwah tidak dilaksanakan diatas uslub yang sesuai maka ianya akan ditinggalkan dan menjadi serba sukar. Tidak diminati dan akhirnya ditinggalkan pergi.

Uslub dakwah adalah merupakan suatu manhaj atau sistem tersendiri yang tidak ditiru dari mana-mana manhaj lain didalam dunia ini.Ianya bersifat berani, diwahyukan Allah SWT kepada para Rasul sejak dari Adam sehingga Muhammad s.a.w untuk diterima pakai. Uslub tersebut tidak ketinggalan zaman kerana ianya bersifat terkini selamaya, sejajar dengan wahyu Allah SWT itu sendiri yang sentiasa; solehun li kulli zaman wa makan ( sesuai untuk semua zaman dan tempat).

Methodolgi dakwah yang baik memerlukan kepada pemahaman yang mantap terhadap asas dakwah dan tujuannya, sumber dan hukumnya, engisian dan matlamatnya. Dai’e yang prihatin dengan tugas dan yang terpenting dalam kontek kertas kerja ini uslub dan pelaksanaan. Semua itu berganding bahu membahu. Yang satu bergantung dengan yang lain untuk melaksanakan tugas yang amat indah:

Mafhumnya: “Dan siapakah lagi yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada ALLAH dan beramal soleh serta berkata sesungguhnya aku termasuk didalam golongan yang berserah diri kepada ALLAH”.
(TMQ Surah Fussilat: 33)


Apapun yang kita hadapi didalam menyampaikan dakwah, usaha murni itu perlu dipertingkatkan. Para dai’e perlu lebih bersedia dengan maklumat terkini. Uslub yang sensasi, keperihatinan yang lebih tinggi dalam mempromosikan Islam melalui dakwah yang suci semata-mata untukmengotakan sabda junjungan kita Muhammad s.a.w :

Mafhumnya: “Islam itu tinggi dan tidak ada apapun yang lebih tinggi daripadanya.”


MAFHUM AL – DA’WAH

Mungkin ada baiknya diulangi lagi pengertian atau mafhum dakwah untuk di dihadam oleh para dai’e dalam menyampaikan dakwahnya. Antara banyak-banyak pengertian dakwah yang boleh dikutip dalam mana-mana kitab yang membicarakan dakwah, saya lebi tertarik dengan takrif dakwah yang diberikan oleh Syeikh Soleh Abdullah bin Hamid dalam kitabnya “Ma’alim fi manhaj al – Da’wah” halaman 9 yang bermaksud :

“Bangunnya seorang muslim yang layak berdakwah kerana ilmu dan komitmen keagamaan untuk memahamkan manusia sekalian tentang agamanya dengan memaksa mereka beriman kepada ALLAH, melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan serta berusaha sedaya upaya menyelamatkan mereka dari ancaman bala yang mungkin berlaku dan mengingatkan mereka tentang kemurkaan ALLAH, untuk menempah kejayaan kebahagiaan dunia dan akhirat.”

Dakwah dalam pengertian yang amat mudah adalah “ad-dakwah Ilallah” (menyeru ke jalan ALLAH). Namun demikian ianya tidak mudah tercapai melainkan dengan memahami rukun dakwah.


RUKUN DAKWAH

Ada empat rukun yang diterima pakai dan diolahkan oleh para ulama.

1. Maudhu’ al – Da’wah / Topik utama dakwah

Maudhu’ ad-dakwah adalah ad-din atau al-Islam ‘aqidahnya, ‘ibadahnya, akhlaqnya, dan segala yang merangkumi usulnya. Furu’nya dan lain-lainnya.
Yang tidak penting dalam konteks maudhu’ ini perlu diberi penekanan selalu bahawa Islam itu memerlukan kepada kuasa politik yang berteraskan Islam sebenar bagi menjamin hukum hakam Islam boleh dilaksanakan dalam kehidupan bernegara. Islam tidak akan lahir sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna selagi sistem hidup yang berteraskan Islam sepenuhnya tidak dihayati dalam negara.

Islam dan politik tidak boleh dipisahkan dan tidak akan terpisah selamanya kerana tabiat Islam itu sendiri memerlukan kepada politik. Dan politik yang diperlukan oleh umat Islam itu adalah politik islam.

2. Al – Qaim bi al – Da’wah (Al – Da’ie) / Para Pendakwah


Pada asas semua orang Islam adalah pendakwah. Mereka berkewajipan mengajak manusia kepada agama Allah SWT dengan kemampuan yang ada pada diri masing-masing, menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah mereka dari melakukan kejahatan.

Dari segi profesion dakwah yang sebenar, Allah SWT mengkhususkan dengan menyarankan:

Mafhumnya: “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang memperolehi kejayaan”.
(TMQ Surah Ali ‘Imran: 104)


Istilah “dai’e” sudah difahami oleh masyarakat hari ini. Sebagai seorang islam yang memiliki profession khusus dalam arena dakwah. Para ilmuwan menyebutkan orang itu sebagai:

Maksudnya: “Yang mempunyai kepakaran dalam ilmu pengetahuan umum khususnya didalam agama islam itu sendiri.”

Pendakwah hendaklah menguasai ilmu-ilmuasas yang dikenali sebagai fardhu ’ain agar terhindar dari celaan masyarakat apabila mengetahui dan mendapati bahawa pendakwahyang dihadapannya itu belum bersedia dengan ilmu asas yang dengannya akan mengurangkan penerimaan mereka kepada apa jua yang didakwahkan itu.

Para pendakwah khususnya ahli politik Islam yang aktif hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Islam sebelum mereka menjadi pentadbir-pentadbir negara yang sentiasa sibuk.

Fathi Yakan didalam kitabnya “Musykilat al – Da’wah wa al – Da’iyyah“ halaman 78 telah memperturunkan kata-kata bijak pandai:

Maksudnya: “Belajarlah kamu sebelum kamu menjadi pemerintah nanti kelak kesibukkan tugas kamu memerintah menghalang kamu dari menuntut ilmu”.

3. Al – Mad’uun / Penerima dakwah

Penerima dakwah adalah manusia seluruhnya sama ada Muslim atau kafir. Malah jin sekalipun adalah golongan yang perlu didakwahkan. Didalam al-Qur’an terdapat seruan dakwah kepada mereka denganayat-ayat yang bermula dengan “wahai sekalian manusia” disamping terdapat ayat-ayat yang bermula dengan “wahai orang-orang yang beriman” bagi menunjukkan bahawa sasaran dakwah itu tidak ada batasan.

Adakalanya penerima dakwah itu ramai dan pelbagai peringkat pula. Maka para dai’e perlu menyedari tabiat mereka yang bukan semuanya akanmenerima dakwah dan bukan pula semuanya menolak dakwah. Ikutilah kebenaran rasul dalam hal yang disebut itu dengan sabdanya:

Maksudnya: Bandingan dibangkitkan daku membawa petunjuk dan ilmu,sama dengan bandingan hujan lebat yang diturunkan keatas permukaan bumi. Ada bumi yang tanaman subur, menerima air lalu menumbuhkan rumput dan dan pokok yang banyak. Ada pula yang kering tetapi boleh menahan air untuk memberi manfaat kepada manusia untuk minum,mandi dan menyiram pokok. Ada lagi bumi kering kontang berlopak yang tidak mahu menyimpan air dan pokok pula tidak mahu tumbuh. Demikian itu pula bandingan orang yang memahami agamanya lalu mengajar orang ramai sehingga ada mendapat manfaat daripada ilmu dan ada pula yang tidak mahu menerima hidayah ALLAH dari ilmu yang disampaikan kepada mereka”.

Hadith di atas memberi isyarat yang amat berguna kepada pendakwah agar memahami psikologi golongan yang didakwahkan itu. Ada yang mudah menerima dakwah yang ditunjukkan didalam sejarah islam dan ada yang menolak terus menerus dan ada yang ditegah-tegah, menolak pada mulanya dan tidak lama kemudian menerima islam. Golongan yang mudah menerima seperti Abu Bakar bin Abi Qahafah, Khadijah Bt Khowailid, Bilal Bin Rabah, Ali bin Abi Tholib, Fatimah bt Rasulullah dan banyak lagi. Yang menolak terus menerus sehingga keakhir hayat mereka seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Amru bin al-hadrami dan lain-lain. Yang menolak pada mulanya tetapi tidak lama kemudian menerima seperti Hamzah bin Abdul Mutholib, Khalid bin Al-Walid, Abu Sufyan bin Harb dan lain-lain lagi.

Demikian dengan penerima dakwah hari ini, meskipun wujud golongan beragama Islam tetapi masih memerlukan dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam yang syumul. Islam yang dijadikan teraju dalam mengatur kehidupan. Bukan Islam yang sekadar bersyahadah, bersolat,berzakat,berpuasa dan mengerjakan haji sahaja. Islam yang syumul (lengkap segala aspek) itu perlu dijadikan isi penting di dalam menyampaikan dakwah pada hari ini.


4. Uslub Al – Da’wah / Pendekatan dalam berdakwah

Inilah perkara utama yang hendak diberi penekanan dalam kertas ini. Ianya perlu didahului oleh yang sebelumnya kerana hubung kait semua rukun-rukun itu saling berturutan bagi gambaran yang menyeluruh tentang mafhum dakwah yang sebenarnya.

Uslub al - da’wah mestilah diasaskan di atas manhaj Rabbani. Itulah asas yang tidak dapat tidak dikembalikan kepada – Nya. Panduan utama kita adalah al – Qur’an al – Kareem, sumber dari segala sumber dan asas dari segala asas. Panduan utama yang perlu dirujuk oleh setiap Muslim. Di dalamnya, Allah SWT menggariskan uslub dakwah dengan jelas dan terang:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk”
(TMQ Surah al – Nahl: 125)

Dari panduan ayat tersebut sekurang – kurangnya terdapat tiga uslub dakwah yang menjadi pokok utama uslub tersebut. Selain tiga perkara pokok ini, masih terdapat lagi banyak cabang – cabang uslub dakwah apabila dirujuk kepada sumber asas yang kedua iaitu as – Sunnah an – Nabawiyyah.


Uslub Pertama: Al – Hikmah

Apakah maksud al – Hikmah?

Kata Abu Ja’far bin Ya’qub: “Setiap kebaikan dari perkataan yang menghasilkan perbuatan yang tepat adalah hikmah” .

Kata al – Jurjani: “Setiap tutur kata yang menepati kebenaran adalah hikmah”.
Kata Ibn Zaid: “Semua perkataan yang memberi pengajaran atau menyeru kepada kemuliaan atau menegah kamu dari keburukan adalah hikmah”.

Firman Allah SWT:

“Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya”.
(TMQ Surah al – Baqarah: 269)


Ayat di atas jelas Allah SWT mengaitkan hikmah itu dengan kebaikan - kebaikan yang banyak. Oleh itu, maka al – Hikmah menjadi uslub terpenting dalam berdakwah. Uslub al – Hikmah adalah uslub yang amat luas dan boleh dipecahkan kepada beberapa cabang seperti berikut:


1. Uslub al – ‘ilm wa al – ma’rifah (Pendekatan ‘ilmu dan pengetahuan)

Uslub ini lebih mengutamakan pendekatan akademik yang berteraskan ‘ilmu pengetahuan yang mendalam dengan merujuk kepada sumber utama kenyataan yang diutarakan. Apa sahaja yang dijadikan bahan dakwah dalam uslub ini sifatnya jitu dan tepat, padat dan ketat.

Dakwah dalam uslub ini sesuai dengan ahli – ahli akademik yang mementingkan fakta dan ulasan bagi menghasilkan natijah yang dikehendaki untuk sampai kepada kepuasan mental yang akhirnya tunduk kepada kebenaran.

Dalam konteks ini elok diturunkan satu contoh uslub al – ‘ilm wa al – ma’rifah yang berlaku kepada pendakwah – pendakwah awal Islam yang berhijrah ke Habsyah. Mereka terdiri daripada 83 orang sahabat r.a termasuk Uthman bin ‘Affan, isterinya Ruqayyah binti Rasulullah s.a.w, Az – Zubair bin Al – Awwam, Ja’far bin Abdul Mutholib dan lain – lain.

Apabila golongan ini berhadapan dengan An – Najasyi (Raja Habsyah), maka peluang berdakwah terbuka luas untuk menyeru beliau serta masyarakat kuffar di Habsyah, memahami dan memeluk Islam.

An – Najasyi terlebih dahulu telah dimomokkan kepadanya maklumat yang negatif tentang Islam sebelum beliau mendapat penjelasan sebenar yang diberikan oleh ‘Abdullah bin Abi Rabi’ah dan ‘Amr bin al – ‘As dengan tomahan mereka: Wahai tuanku, sesungguhnya telah tiba di negara tuanku dari negara kami segolongan manusia yang selekeh. Mereka telah memecah – belahkan agama kaum mereka dan tidak akan menganut agama tuanku. Mereka datang ke sini membawa agama mereka ciptaan mereka sendiri. Kami tidak mengetahui agama yang dibawa itu dan begitu juga tuanku...”

Pembesar – pembesar an – Najasyi pula menyampuk: “Wahai tuanku kaum mereka lebih faham tentang mereka. Lebih mengerti tentang keburukan mereka. Oleh itu, serahkan mereka semua kepada mereka berdua biar mereka uruskan agar mereka pulang ke negara dan kaum mereka”.

Keadaan sebegini memerlukan kepada uslub yang sesuai untuk berdakwah mempertahankan yang hak dan menolak yang batil. Jika pendakwah – pendakwah ini gagal menyatakan sesuatu yang hak menurut uslub yang sesuai maka akan besarlah padahnya.

An – Najasyi berpaling kepada kumpulan umat Islam itu dan bertanya dalam uslub ‘ilmu: “Bagaimana keadaan kamu sebelum datang agama ini?

Ja’far bin ‘Abdul Mutholib tampil ke hadapan memberikan penjelasan. “Tuanku, kami adalah kaum yang jahil. Cari hidup kami menyembah berhala, makan bangkai, melakukan perkara – perkara keji, menyakiti jiran, yang kuat menindas yang lemah sehinggalah datang agama kami membaiki (keadaan) kami”.

An – Najasyi bertanyakan tentang ‘Isa a.s (kerana beliau beranggapan Islam menghina ‘Isa dengan mengatakan ‘Isa adalah hamba). Jawab Ja’far r.a: “Islam memberitahu kami dengan firman Allah:

“(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat Yang sentiasa berdamping (dengan Allah). dan sesiapa Yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya”.
(TMQ Surah an – Nisaa’: 172)


An – Najasyi bertanya lagi pandangan Islam terhadap ‘Isa. Ja’far menjelaskan dengan membaca surah Maryam yang menerangkan di dalamnya perihal kelahiran ‘Isa tanpa bapa dan dipertikaikan oleh kaumnya. ‘Isa a.s ketika masih di dalam buaian berkata – kata kepada kaumnya dengan mengatakan bahawa dia adalah hamba Allah yang akan diturunkan al – Kitab (Injil) kepadanya dan akan menjadi nabi.

Setelah mendengar penjelasan yang begitu tepat lagi menusuk hati, an – Najasyi menangis sehingga basah janggutnya. Katanya: “Agama Islam dan agama yang dibawa oleh ‘Isa adalah datang dari sumber yang sama. Beliau mengambil sebatang kayu dan membuat garisan di atas tanah seraya berkata: “Agama aku dan agama kamu amat hampir. Pemisah kita adalah garisan yang halus ini”. Kerana itu, umat Islam diberi jaminan keselamatan tinggal di negara Habsyah dengan damai.


2. Uslub al – Latf wa al – Layn (Pendekatan lembut dan lunak)

Ada ketika dakwah memerlukan uslub yang lembut dan lunak. Berlembut pada tempat yang perlukan kelembutan adalah bukti kebijaksanaan pendakwah. Sama juga keadaan berkeras pada tempat yang memerlukan kekerasan juga adalah hikmah. Uslub al – Latf wa al – Layn ini diasaskan di atas firman Allah SWT kepada nabi Musa a.s dan nabi Harun a.s ketika mereka diperintahkan menyeru Fir’aun kepada agama Allah:

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".
(TMQ Surah Thoha: 43 – 44)


Rasulullah s.a.w pernah memberi contoh tentang pendekatan lemah – lembut ini di dalam kisah seorang ‘Arab Badwi masuk ke dalam masjid dan membuang air kecil. Para sahabat yang menyaksikan kejadian tersebut meluru ke arahnya dan mengasarinya bagi memberi pengajaran kepadanya. Rasulullah s.a.w segera bertindak mententeramkan keadaan dan mendekati Badwi tersebut dengan lemah – lembut serta bersabda:

“Sesungguhnya masjid tidak elok digunakan seperti yang anda lakukan, malah ianya digunakan untuk berzikir dan berdo’a”
Riwayat Muslim


Badwi tersebut beredar dengan baik di samping berkata: “Ya Allah, kasihilah aku dan Muhammad, dan janganlah Engkau kasihi selain dari kami walau seorang sekalipun”.

Uslub ini juga dikenali sebagai uslub al – Maddarah

Kata Ibn Battol:

“Al – Maddarah adalah dari akhlaq mukminin iaitu bersopan dengan manusia, berlemah – lembut dalam percakapan, jauhkan dari kekerasan, yang demikian itu salah satu kekuatan untuk menambat kasih – sayang bersama manusia”.

Rasulullah s.a.w pernah dikasari oleh ‘Aarab Badwi dengan menarik baju najrani yang dipakai baginda sehingga ia menyakiti tubuh baginda. Seraya meminta diberikan kepadanya sedikit bantuan. Oleh kerana kekerasan Badwi itu keterlalauan maka sahabat – sahabat r.a bangun hendak mempertahankan Rasulullah s.a.w serta membalas kekerasan dengan kekerasan. Rasulullah s.a.w segera mencelah mententeramkan keadaan. Dengan tersenyum mengarahkan sahabat – sahabat menunaikan kehendak Badwi tersebut tanpa menengking atau mengasarinya sedikit pun.

Allah SWT berfirman menjelaskan keperibadian Rasulullah s.a.w dalam konteks lemah – lembut ini:

“Maka dengan rahmat dari Allah kamu menjadi lembut lunak dengan mereka. Kalau kamu kasar dan berkeras hati nescaya mereka akan lari dari kamu”.

Mungkin inilah uslub tarbiyyah yang dicontohi oleh para sahabat r.a terkenal seperti Abu al - Darda’:

“Suatu hari Abu al – Darda’ menemui sekumpulan manusia yang sedang memaki – hamun dan berkasar terhadap seorang lelaki yang telah melakukan satu kesalahan. Abu al – Darda’ mententeramkan keadaan dan berlembut dengan lelaki yang dikutuk itu. Orang ramai memarahi Abu al – Darda’ lalu beliau berkata: “Kalau lelaki itu terjatuh dalam satu gaung apakah kalian akan membiarkan atau menolong mengeluarkannya dari gaung itu?”. Orang ramai menjawab:”Tentulah kami akan mengelaurkannya”. Kata Abu al – Darda’: “Kawan kamu ini telah melakukan kesalahan, tolongilah dia agar membaiki kesalahannya. Syukurlah kepada Allah kerana kalian tidak sepertinya. Mereka bertanya Abu al – Darda’: “Apakah kamu tidak benci kepadanya?”. Jawabnya: “Aku memang bencikan perbuatan itu. Jika dia meninggalkan dan berhenti dari perbuatan itu, maka dialah adalah saudaraku dalam Islam”
(Ma’alim fi manhaj al – Da’wah: 54)

3. Uslub al – Quwwah wa as – Shiddah (Pendekatan kekuatan dan kekerasan)

Manusia adalah makhluk yang sama pada kejadian tetapi amat berlainan pada akhlaq dan budi bicara. Ada yang lembut ada yang kasar, ada yang baik dan ada yang jahat. Oleh itu, untuk menyeru mereka kepada Islam ada ketikanya perlu berlemah – lembut seperti contoh di atas tadi dan ada kalanya perlu kepada kekuatan dan kekerasan. Semuanya adalah hikmah.

Hikmah tidak selamanya bererti lemah – lembut. Ada masanya kuat dan kasar itu juga hikmah. Contoh yang ketara dapat dilihat pada suatu tugas untuk meruntuhkan sebuah bangunan lama bagi menggantikannya dengan yang baru. Robohkanlah bangunan itu dengan hikmah. Jika diertikan dengan lemah – lembut, maka bilakah bangunan itu dapat dirobohkan. Adalah termasuk dalam hikmah juga jika dapat digunakan kekuatan bom yang dipasang khusus bagi merobohkannya dalam jangka masa yang singkat, mudah, cepat dan selamat. Itu juga hikmah jika tepat caranya.

Pendekatan kekuatan dan kekerasan ini dapat dilihat dari pengertian jihad pada zaman awal Islam. Setelah pendekatan lemah – lembut kurang memberi kesan dan umat Islam semakin ditindas dan diperangi sehingga kota Madinah dirasakan tidak lagi selamat lagi maka Allah SWT menurunkan ayat:


“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”
(TMQ Surah al – Hajj: 39)


“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa”
(TMQ Surah al – Taubah: 36)


“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.(mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah Dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”
(TMQ Surah al – Baqarah: 193 – 194)


Uslub seperti yang disebutkan di atas sesuai untuk masa – masa tertentu sahaja dan ditangguhkan pada masa yang tidak diperlukan. Pada zaman permulaan Islam di Makkah, uslub ini tidak digunakan baginda s.a.w. Uslub yang keras digunakan selepas didapati uslub yang lembut dan mengalah tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Pada zaman ini, uslub kekerasan digunakan tetapi bukan dengan menggunakan senjata. Malah dengan senjata yang lembut iaitu lidah. Senjata ini amat berguna untuk menyerang musuh – musuh Islam iaitu dengan kata – kata yang tegas mampu menusuk hingga ke hati dan menolak segala tohmahan dan tindakan biadap mereka terhadap Islam. Mungkin inilah yang disebut di dalam kitab “Ma’alim fi manhaj al – Da’wah”:

“Dalam keadaan berlaku kezaliman dan penganiayaan yang melampau terkadang dibenarkan uslub menyerang musuh dengan kata – kata yang menghentam habis – habisan dan mengusarkan serta membongkar segala keburukan musuh kerana mewakili kebatilan dalam perjuangan serta elok rasanya mendedahkan kebatilan mereka itu sehingga dapat dilihat sebagai orang yang menerima pukulan maut”.

Walaupun demikian, adalah lebih baik jika tidak keterlaluan. Cukup hanya sekadarnya kerana kita sebagai umat Islam adalah umat yang sederhana dan bencikan sikap ghulu (melampau).


Uslub Kedua: Al – Mau’izoh al – Hasanah

Uslub al – Mau’izoh al – Hasanah adalah uslub al – Qur’an. Method Rabbani yang perlu diberikan perhatian. “Al – Mau’izoh itu asalnya adalah merujuk kepada kata – kata yang boleh melunakkan sanubari yang mendengar sebagai persediaan untuk melakukan kebaikan bagi menghayatinya”.
(Ma’alim fi manhaj al – Da’wah: 24)

Firman Allah SWT:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
(TMQ Surah al – Ahzab: 21)

Uswatun hasanah dan mau’izaoh hasanah terdapat banyak persamaan. Ibn ‘Athiyyah menyebut:

“Mau’izoh hasanah itu merupakan suatu usaha untuk memberikan manusia rasa takut dan mengharap serta melunakkan manusia agar menjadikan ceria dan bersedia untuk menerima nilai – nilai murni”.

Al – Zamakhsyari menyebut:

“Sesungguhnya mau’izoh hasanah itu ialah suatu yang tidak asing kepada mereka bahawa kamu menasihati mereka dengan tekad untuk memberi sesuatu yang bermanfa’at kepada mereka”.

Perkara utama dalam uslub ini ialah pendakwah hendaklah mencontohi Rasulullah s.a.w dalam segenap aspek sama ada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat dan tatacara hidup baginda s.a.w. Ini bukanlah bererti bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w mestilah diikuti tepat sebagaimana baginda. Akan tetapi lakukanlah mengikut kemampuan kita. Baginda s.a.w bersabda:

“Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu perkara, maka lakukanlah perkara itu sekadar yang termampu”.

Suatu contoh yang unggul pernah berlaku ke atas Rasulullah s.a.w yang mungkin sukar dicontohi oleh kita pada hari ini:

“Suatu hari harta rampasan perang (al – Ghanimah) dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Setelah dihitung, didapati jumlahnya sebanyak sembilan puluh ribu dirham dilonggokkan semuanya di atas tikar daun tamar. Baginda membahagikan harta itu kepada yang berhak menerima sehingga habis semuanya. Tiba – tiba datang lagi sahabat yang meminta haknya kerana beliau belum mendapat apa – apa. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: “Pergilah ke kedai yang menjual keperluanmu dan belilah barang – barang itu secara hutang. Katakan kepada tuan kedai itu bahawa aku akan membayar kepadanya”. Mendengar kata – kata itu, Umar bin al – Khattab mencelah dan berkata: “Ya Rasulullah! Mengapa kamu membebankan dirimu sesuatu yang tidak sepatutnya kamu tanggung. Perkara yang sudah selesai, biarkanlah”. Mendengar kata – kata itu air muka Rasulullah s.a.w berubah tanda tidak senang dengan kata – kata Umar r.a lalu tampil seorang lelaki Ansar dan berkata: “Ya Rasulullah teruskan memberi kesanggupan berbelanja kerana Allah yang akan membayarnya nanti”. Mendengar kata – kata itu Rasulullah tersenyum tanda menyukai tindakannya”.
(Mustalzimat al – Da’wah al – ‘Asr al – Hadir: 121)

Uswah Hasanah banyak persamaan dengan qudwah hasanah. Pendakwah perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh mad’u. Contoh yang baik ini bukan sahaja pada kata – kata dan tingkah laku malah sampai air muka pun perlu diambil kira dengan sentiasa bermuka manis walaupun dalam keadaan marah.

Contohnya Rasulullah s.a.w dalam siri dakwahnya, suatu hari didatangi oleh seorang ‘Arab bengis kepada baginda seraya berkata dengan kasar: “Kamukah yang bernama Muhammad bin ‘Abdullah?”. Jawab Rasulullah dengan lemah – lembut: “Ya, sayalah Muhammad bin ‘Abdullah”. ‘Arab itu bertanya lagi: “Kamukah yang selalu dikatakan pembohong besar?”. Jawab baginda: “Ya, sayalah yang dikatakan oelh kaum saya sebagai pembohong besar tetapi sebenarnya tidak”.Dengan muka yang tenang dan dengan tutur kata yang lembut, ‘Arab itu tiba – tiba berkata: “Muka seperti ini bukan muka seorang pembohong”. Lalu dia bertanya nabi s.a.w: “Apa yang kamu bawa? Cuba terangkan kepadaku” Rasulullah s.a.w menerangkan kepadanya tentang Islam dengan cara yang menarik dan menusuk hati. Akhirnya ‘Arab tadi berkata: “Aku beriman kepadamu dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi Muhammad itu Pesuruh Allah”.

Seperkara lagi yang amat penting dalam membicarakan uslub al – Mau’izoh al – Hasanah ialah pendakwah hendaklah menjadi model yang realiti, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, bukan hanya pandai bercakap tak serupa bikin. Rasulullah s.a.w menginagtkan kita dengan sabdanya:

“Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Didatangkan seorang lelaki (pendakwah) pada hari Qiyamah lalu dicampakkan ke dalam api neraka. Api neraka membakarnya hingga ke tali perutnya. Dia terseksa dan berpusing – pusing di dalam neraka seperti keldai berpusing – pusing di tempat kerjanya. Penghuni – penghuni neraka yang lain berkerumun kepadanya lalu mereka bertanya: Apa hal kamu ini? Bukankah kamu yang menyuruh kami melakukan kebaikan dan melarang kami kemungkaran? Jawabnya: Ya, aku menyuruh kamu membuat ma’ruf tetapi aku tidak melakukannya dan aku melarang menjauhi kemungkaran akan tetapi aku melakukannya”
(Riwayat al – Bukhari dan Muslim)

Terkadang berdakwah dengan contoh teladan yang praktikal lebih mendatangkan kesan daripada dakwah dengan pendekatan yang lain. Semuanya bergantung kepada waqi’ atau keadaan yang mengizinkan sesuatu tindakan yang bakal di ambil.


Uslub al – Murasalah / Cara menulis surat

Rasulullah s.a.w adalah seorang “ummi” iaitu tidak tahu menulis mahupun membaca. Akan tetapi, baginda s.a.w tetap menggunakan kaedah pengutusan surat – surat kepada pembesar – pembesar dunia pada zamannya bagi menyeru mereka menerima Islam. Baginda menyuruh para sahabat r.a untuk menulis surat untuknya dan surat – surat itu kemudiannya di hantar kepada an – Najasyi (raja Habsyah), Kaisar (Raja Parsi), Hiraqqel (Raja Rom), Maqauqis (pembesar Mesir) dan banyak lagi. Ada yang menerima dakwah Islam seperti an – Najasyi, ada yang mengakui kerasulan baginda s.a.w seperti Hiraqqel akan tetapi tidak menerima Islam dan ada yang menentang bahkan mencabar nabi s.a.w seperti Kisra.


Di dalam kitab Minhaj as – Solihin oleh ‘Izz al – Din Baliq ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w pernah meminta sahabat r.a menulis sekurang – kurangnya 33 pucuk surat yang akan dihantar ke dalam negara dan 29 pucuk surat yang akan dihantar ke luar negara. Kesemuanya mengandungi mesej dakwah yang menyeru mereka menerima Islam. Sekiranya tidak, mereka perlu mengiktiraf Islam sebagai agama dan sebuah kerajaan berdaulat di samping membayar jizyah. Sekiranya mereka enggan dan menentang Islam, maka gerakan futuhat (pembebasan) akan dihantar ke negara tersebut sehingga tunduk kepada Islam.

Uslub penulisan surat adalah salah satu cara yang praktikal dan boleh dicontohi. Namun penulisan tidaklah terhad kepada surat sahaja bahkan boleh dimanfaatkan teknologi terkini seperti media cetak, media elektronik, sistem pesanan ringkas (SMS), internet, 3G dan sebagainya. Umat Islam perlu berusaha lebih memandangkan kaum non – Muslim sudah lama mempraktikkan cara ini bagi menyebarkan dakyah batil mereka.


Uslub Ketiga: Al – Mujadalah

Terdapat 3 istilah yang dikaitkan dengan uslub ini:-
 Mujadalah / Mujadilah (Bersoal – jawab)
 Muhawarah (Berdialog)
 Munazoroh (Berdebat / Berbahas)


Kesemua istilah ini boleh disimpulkan dengan:

“Perdebatan atau perbahasan antara dua belah pihak yang berselisih untuk menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan dengan hujah – hujah yang bernas dan nyata”
(Ma’alim fi manhaj al – Da’wah: 212 – 213)

Di dalam al – Qur’an al – Karim, Allah SWT menyebut:

“Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”
(TMQ Surah al – Mujaadilah: 1)

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”
(TMQ Surah an – Nahl: 125)

“Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh dengan berserah diri".
(TMQ Surah al – Ankabuut: 46)

“Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadaMu, maka katakanlah: "Allah Amat" mengetahui akan apa yang kamu lakukan”
(TMQ Surah al – Hajj: 68)

Dan juga iktibar dari kisah dua orang sahabat di dalam surah al – Kahfi:

“Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu Dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan Kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai. Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. Dan Aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah Aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah Aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini. Berkatalah rakannya kepadaNya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah Engkau kufur ingkar kepada Allah Yang menciptakan Engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi Aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya Bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan Aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku. Dan sepatutnya semasa Engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? kalau Engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu, Maka Mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka Dengan yang demikian, Engkau tidak akan dapat mencarinya lagi". Dan Segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu Jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap Segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil Dia berkata: "Alangkah baiknya kalau Aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
(TMQ Surah al – Kahfi: 32 – 42)

Jidal atau dialog di atas meskipun tidak memberi kesan segera kepada yang bongkak dan sombong tadi, tetapi menjadi pengajaran kepada pendakwah – pendakwah hari ini.

Begitu juga dakwah nabi Ibrahim a.s kepada bapanya:

“Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; Sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi. Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda Yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun? Wahai ayahku, Sesungguhnya telah datang kepadaKu dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu Ikutlah daku; Aku akan memimpinmu ke jalan Yang betul. Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, Sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya. Wahai ayahku, Sesungguhnya Aku bimbang Bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah Yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di Dalam neraka". (Bapanya) menjawab: "Patutkah Engkau bencikan tuhan-tuhanku, Wahai Ibrahim? Demi Sesungguhnya jika Engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu Aku akan meluntarmu Dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) Engkau tinggalkan daku sepanjang masa". Nabi Ibrahim berkata: " Selamat Tinggallah ayah; Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; Sesungguhnya ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaKu”.
(TMQ Surah Maryam: 41 – 47)

“Tidakkah Engkau (pelik) memikirkan (Wahai Muhammad) tentang orang Yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu Kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan". ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah Dia dari barat?" maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.
(TMQ Surah al – Baqarah: 258)

Contoh uslub dakwah di atas menunjukkan kepada kita bahawa hujah yang kuat boleh mematahkan lawan dan senjata dakwah ini sudah lama dipraktikkan. Sekiranya penyampaian yang disampaikan oleh pendebat / pembahas baik, maka akan jelaslah kebenaran dan akan luputlah kebatilan. Inilah metod yang digunakan oleh sebahagian pendakwah hari ini seperti Syeikh Ahmad Deedat r.h, anak muridnya Dr. ‘Abdul Karim Zakir Naik dan sebagainya. Penggunaan metod ini sangat ‘ilmiyah dan amat sesuai untuk menarik golongan elit atasan kepada kebenaran Islam.


Uslub Mujadalah dalam politik semasa

Pendekatan dialog atau perdebatan ini ternyata memberi natijah yang positif. Oleh itu, penggunaan uslub ini perlu diperluaskan dengan dimanfaatkan sebaiknya. Namun, perlu diingatkan kepada para pendakwah sekalian bahawa menyediakan diri dengan ‘ilmu pengetahuan yang tinggi dan menguasai isu – isu semasa sangat penting sebelum berdialog mahupun berdebat. Penguasaan dan pemahaman yang jitu terhadap isi kandungan al – Qur’an dan as – Sunnah menjadi keutamaan bagi pendakwah terutama berhadapan dengan lawan yang juga beragama Islam. Apatah lagi sekiranya lawan tersebut seorang tokoh dalam sesuatu bidang agama akan tetapi gemar memutarbelitkan ayat – ayat Allah SWT dan hadith – hadith Rasulullah s.a.w seperti Astora Jabat, kumpulan Sisters in Islam dan sebagainya.

Situasi yang ada hari ini sangat memerlukan pendekatan dialog dan perdebatan. Pada kebiasaannya, pihak lawan akan cuba mengelak dan mencari pelbagai alasan helah untuk menggagalkan mujadalah. Dalam kedua – dua keadaan pendakwah Muslim akan beruntung kerana dia dapat menyampaikan dakwahnya secara terang dan jelas di samping mematahkan hujah lawan sekiranya mujadalah diadakan. Akan tetapi jika mujadalah dibatalkan, pendakwah tetap mendapat kemenangan percuma.

Pendakwah Muslim khususnya yang melibatkan diri dalam Siyasah as – Syar’iyyah (politik Islam), akan berhadapan dengan pelbagai dugaan, tuduhan dan fitnah yang berniat buruk terhadap kesucian agama Islam sepertimana fitnah golongan yang berfahaman sekularisme yang mengatakan politik perkara yang asing dalam Islam. Maka, pembelaan dan penjelasan terhadap isu seperti ini sangat perlu supaya maruah Islam tidak tercemar dan masyarakat tidak terkeliru dengan dakwaan ini. Cukuplah diterangkan dengan baik tentang konsep Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur (Negara yang baik dan mendapat pengampunan Tuhan) yang di sebut oleh al – Mawardi dalam al – Ahkam al – Sultaniyyah yang mengemukakan dalil – dalil yang cukup banyak dan kuat dari al – Qur’an dan as – Sunnah yang membuktikan kewajipan mendirikan negara Islam dan menguruskan alam dengan hidayah Islam sehingga terhapusnya fitnah.


Kesimpulan dan Penutup

Islam adalah satu – satunya agama yang diredhai Allah SWT dan Dia telah menyempurnakan agama ini untuk menjadi panduan lengkap manusia dalam menempuhi urusan hidup mereka seharian.

Seorang peniaga apabila mempromosikan barang niagaannya akan menggunakan kaedah yang berbagai bagi menarik pelanggan membeli produknya. Begitu juga pendakwah, haruslah berfikiran kreatif dalam mempelbagaikan pendekatan atau uslub dakwah mereka. Mereka juga hendaklah mengetahui dan mengkaji perihal mad’u (orang yang menerima dakwah) supaya tidak tersalah uslub. Kesilapan tidak memahami kehendak mad’u akan mengakibatkan mesej Islam tidak sampai dan menjauhkan mad’u dengan hakikat Islam. Sabda Nabi s.a.w:

“Berbicaralah dengan manusia menurut kadar ‘aqal mereka”

Rasulullah s.a.w adalah contoh unggul kecemerlangan seorang da’ie. Baginda tidak mengatakan sesuatu melainkan orang yang mendengar ucapannya akan tertarik terhadap mesej baginda. Cukuplah 23 tahun perjalanan dakwah baginda menjadi bukti bahawa penggunaan uslub yang tepat, betul dan mudah berjaya menarik pelbagai kabilah dan kaum menyerah diri kepada agama Allah SWT. Mereka bukan sahaja menerima ‘aqidah Islam bahkan sanggup mempertahankan Islam walaupun harta dan nyawa terpaksa mereka korbankan. Hasilnya, Islam berjaya mendirikan tamadun yang hebat dan kuat bermula pada zaman Rasulullah s.a.w, seterusnya di sambung oleh Khulafa’ ar – Rasyidin, Khilafah Umayyah, Khilafah ‘Abbasiyyah dan Khilafah ‘Uthmaniyyah.

Walaupun hari ini lebih 80 tahun umat Islam kehilangan khilafah Islamiyyah,namun dakwah perlu diteruskan. Para pendakwah perlu menanamkan sifat sabar yang tinggi dalam dirinya. Sekiranya dakwah mereka dihina dan tidak diterima, janganlah terlintas dalam pemikiran mereka bahawa dakwah mereka telah gagal. Manusia hanya mampu berusaha. Sedangkan hidayah hanyalah dari Allah ‘Azza wa Jal. Kepada – Nyalah kita serahkan segalanya.

Wednesday, March 29, 2006

HUKUM URUSNIAGA SECARA ONLINE

PENDAHULUAN
Perniagaan adalah keperluan hidup masyarakat sejak dahulu. Kehendak dan keperluan ini tidak berubah. Perubahan hanyalah berlaku kepada barangan serta method transaksi ini dilaksanakan.

Perkembangan teknologi maklumat (IT) turut membawa perubahan kepada cara transaksi dilakukan. IT digunakan sebagai salah satu media perniagaan yang disebut sebagai urusniaga secara online. Perkembangan teknologi ini ternyata membawa perubahan kepada method urusniaga yang melibatkan perniagaan yang lebih berbentuk global menerusi jaringan internet. Dengan kewujudan revolusi multimedia ini juga, bukan sahaja maklumat yang berbentuk data yang boleh dihantar bahkan grafik, video, serta suara juga turut boleh dihantar dari satu tempat ke satu tempat yang lain ke seluruh dunia secara lebih pantas. Bagi syarikat-syarikat atau agensi-agensi baik dari pihak kerajaan mahupun swasta, IT mempunyai banyak kelebihan di dalam mengatur dan menyusun pengaliran wang serta perbelanjaan wang, kerana melalui IT ini mereka boleh memantau segala perbelanjaan yang dibuat serta menjangka keperluan pasaran semasa pada masa akan datang .

Sememangnya tiada nas yang jelas tentang hukum menjalankan urusniaga perniagaan seperti ini kerana ia tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Justeru, maqasid syariah haruslah digunakan bagi menentukan penentuan hukum yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam terhadap method urusniaga secara online ini. Kajian ini akan menggunakan prinsip al-Qiyas bagi penentuan hukum ini berlandaskan hukum asal jualbeli melalui prinsip muamalah.. Ini adalah berdasarkan maslahah kepada umat Islam pada masa kini yang tidak boleh lari dari arus kemodenan dan ianya amat penting digunakan sebagai peluang bagi melebarluaskan jaringan pasaran atau produk ke serata dunia.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menghuraikan secara terperinci proses urusniaga secara online.
2. Untuk mengetahui adakah urusniaga secara online ini menepati rukun jual beli seperti yang telah diwajibkan oleh hukum syara’.
3. Untuk mengetahui adakah prinsip Qiyas boleh digunakan sebagi satu metod kajian bagi menentukan hukum urusniaga secara online.

METODOLOGI KAJIAN

Method yang akan digunakan dalam kajian ini ialah melalui al-Qiyas. Menurut fuqaha, al-Qiyas ialah menerimapakai hukum bagi kes yang dinaskan hukumnya untuk kes yang tidak dinaskan hukumnya berasaskan kepada persamaan alasan hukum berkenaan bagi kedua-dua kes ini. Kes yang akan menjadi perbincangan dalam kajian ini adalah urusniaga secara online(e-Dagang) yang merupakan satu bentuk urusniaga kontemporari yang sedang hangat diperkatakan hari ini. Penyelidikan bagi kes ini adalah secara pengumpulan data melalui kajian perpustakaan dan kajian lapangan:
1. Kajian Perpustakaan
Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data yang dikehendaki. Bahan-bahan yang berautoriti perlu dikenal pasti seterusnya diambil untuk digunakan bagi maksud kajian ini. Memandangkan urusniaga secara online ini merupakan isu yang masih baru di negara ini, pencarian maklumat perlu difokuskan kepada maklumat yang terkandung di dalam latihan ilmiah, kertas projek, kertas-kertas kerja persidangan, buku-buku yang menyentuh tentang urusniaga secara biasa atau tradisional..

Sumber-sumber yang dimaksudkan tersebut terdapat di dalam koleksi ilmiah di perpustakaan sama ada di dalam bentuk tesis, kertas projek, kertas kerja persidangan dan sebagainya. Beberapa buah perpustakaan yang menjadi sumber pengumpulan data ini telah dikunjungi. Perpustakaan yang dimaksudkan ialah :
1. Perpustakaan Utama Universiti Malaya
2. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kajian perpustakaan ini meliputi kajian terhadap bahan rujukan yang berautoriti dan bacaan yang terdapat di Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

2.Kajian Lapangan.
Manakala bagi kajian lapangan, kajian secara praktikal akan dilakukan terhadap urusniaga ini melalui internet. Beberapa laman web yang berkaitan dengan perniagaan secara online ini akan diterokai bagi melihat secara lebih terperinci bagaimanakah urusniaga ini dijalankan.

Kajian ini diambil kerana ia tidak terdapat dalam nas yang jelas bagi menetapkan hukumnya. Menurut konsep al-Qiyas terdapat 4 rukun yang perlu diberi perhatian agar kes ini sesuai untuk diqiyaskan bagi penetapan hukum. Kes asal (al-asl) bagi kajian ini ialah urusniaga secara biasa yang menetapi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh fuqaha’. Manakala kes bandingan (far’) ialah urusniaga secara online(e-Dagang) yang tidak terdapat dalam mana-mana nas. Sebab hukum (‘Ilah) bagi kes ini ialah keredhaan di mana unsur yang wajib dipenuhi bagi mengesahkan sesuatu akad urusniaga di sisi syara’. Manakala hukum asal bagi kes ini ialah harus sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah وأحل الله البيع و حرم الربى yang bermaksud “Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’”. Perkara-perkara yang melibatkan wujudnya keadaan syubhat juga akan dikeji secara terperinci bagi mengelakkan kekeliruan bagi umat Islam.

ANALISIS KAJIAN

Urusniaga secara online ini boleh dikenali sebagai E-dagang pada masa kini. E-dagang bolehlah didefinisikan sebagai satu bentuk sistem pembayaran yang mana proses serta komunikasi yang berlaku di antara kedua belah pihak (penjual dan pembeli) memberi kesan dari sudut eknomi dan memberi kesan yang perlu kepada pengeluaran, pengedaran atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan ekonomi berlandaskan kepada elektronik . Sistem jual beli dalam e-dagang mestilah melalui beberapa proses utama seperti yang berikut:

a) Rundingan Niaga
Pada peringkat rundingan niaga, pihak yang ingin menjual produknya akan mengiklankan dan mempamerkan pada laman web atau e-mel. Di sini maklumat dan spesifikasi mengenai produk tersebut biasanya akan diperjelaskan secara terperinci sama ada dalam bentuk bertulis, bergambar, video dan audio atau gabungan antaranya. Bentuk produk atau barangan yang ditawarkan dalam e-dagang merangkumi barangan berbentuk fizikal seperti peralatan elektrik dan buku, berbentuk digital seperti perisian(software), data dan maklumat.

b) Persetujuan Pembeli dan Penjual untuk berjual beli.
Sekiranya pelanggan berminat untuk membeli sesuatu produk maka beliau perlu memenuhi syarat yang ditetapkan dengan memasuki laman khusus dan mengisi borang yang dikhaskan secara online. Di sini pelanggan dikehendaki mengisi maklumat diri, barangan yang hendak dibeli, cara pembayaran dan jumlahnya serta syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi dalam pembelian. Peringkat ini adalah merupakan peringkat penerimaan dalam pembentukan kontrak. Manakala peringkat penerimaan telah pun berlaku sebelumnya iaitu semasa pelanggan memasuki laman untuk melakukan transaksi.

c) Pembayaran.
Bagi peringkat pembayaran, bagi kes pertama pembayaran berlaku selepas pembeli menghantar borang apabila butang pengesahan diklik. Biasanya pembeli akan dimaklumkan dengan segera melalui e-mel mengenai status pembeliannya sama ada boleh diteruskan atau tidak bergantung kepada kelayakan pembeli dan stok barang. Sekiranya diluluskan akan diberitahu berapa lama barang atau produk akan diterima dan dengan kelulusan inilah pembayaran akan dicajkan berdasarkan cara yang dipersetujui. Manakala kes kedua, pembayaran berlaku selepas pembeli membalas e-mel dengan persetujuan pembelian. Pembayaran akan dicajkan sebaik sahaja persetujuan dan pengesahan daripada pihak pembeli diterima.

Pembayaran on-line berlaku melalui kaedah pembayaran tunai atau proses pemindahan wang iaitu secara kad kredit, kad debit, e-cash, perbankan internet (Maybank2U), phone banking, Net Trader, Cybercash, Digi-cash dan sebagainya . Pembayaran secara ini sama sifatnya seperti pembayaran tunai dalam jual beli biasa.

Dalam memberi jaminan kepada proses transaksi e-dagang beberapa langkah keselamatan diambil antaranya penggunaan teknologi enkripsi data seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET), digital bertindak seperti kad pengenalan yang akan mengesahkan identiti sebenar pengguna dan penjual dalam setiap transaksi e-dagang .

d) Penyerahan dan Penghantaran Barangan.
Penyerahan barangan jual beli e-dagang bergantung kepada bentuk barang yang diperjualbelikan iaitu sama ada berbentuk fizikal ataupun digital. Perbezaan bentuk ini memberi kesan dari segi jenis jual beli. Oleh itu dalam e-dagang terdapat dua jenis jual beli, jual beli secara terus/tunai iaitu serah terima barangan secara on-line dan jual beli secara pesanan iaitu serah terima barangan secara off-line. Bagi barang yang berbentuk digital ia boleh diserah terima secara on-line iaitu melalui e-mel atau dipindahkan terus kepada peralatan elektronik seperti komputer. Manakala bagi barangan berbentuk fizikal ia hanya boleh diserah atau dihantar secara off-line iaitu di luar talian internet dengan penghantaran kepada premis atau tempat mengikut alamat yang ditetapkan.

Berdasarkan kepada penjelasan lanjut berkaitan dengan aplikasi urusniaga secara online dijalankan maka penulis akan menganalisis kajian ini menurut kaedah al-Qiyas menurut syarat-syarat serta penentuan illat berdasarkan kepada kes asal dan kes baru sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam metodologi kajian. Sebab hukum (illat) bagi kes ini ialah keredhaan yang merupakan sesuatu perkara yang tersembunyi yang memerlukan kepada penzahiran melalui akad atau kontrak yang mempunyai rukun dan syaratnya yang tersendiri. Sekiranya pengaplikasian urusniaga secara on-line ini bertepatan dengan akad yang sah, maka urusniaga tersebut adalah diharuskan di sisi syara’.

Penentuan illat yang digunakan dalam menganalisis data ini adalah melalui kesesuaian yang diambil kira(المناسب المعتبر ) di mana mengambil kira keredhaan dalam menentukan hukum urusniaga secara online ini. Justeru dengan mengambil kira keredhaan sebagai sebab hukum, maka akad yang sahih perlulah diperincikan dan dibuktikan mengikut perspektif muamalat Islam bagi menentukan hukumnya.

Sesuatu akad termasuk jual beli mempunyai unsur-unsur tertentu untuk membentuk dan menjadikannya sebagai satu akad atau kontrak yang sah dan boleh dilaksanakan. Unsur-unsur tersebut adalah seperti berikut:
1. Sighah atau kerelaan pihak-pihak berkontrak bagi membentuk kontrak iaitu ungkapan penawaran dan penerimaan (ijab dan qabul).
2. Pihak yang berkontrak.
3. Subjek kontrak.
Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa unsur-unsur tersebut adalah asas pembentukan sesuatu akad, tetapi mereka berselisih pendapat mengenai kedudukan unsur-unsur itu sebagai rukun atau tidak. Namun begitu ianya tidak menjadi isu dalam melihat setiap asas dalam pembentukan akad ini kerana setiap pandangan dari para fuqaha’ akan diambil kira di dalam penentuan hukum ini berasaskan kepada amalan jual beli secara tradisional (biasa).

a) Sighah: Penawaran dan Penerimaan

Unsur pertama yang akan dihuraikan ialah berkaitan dengan sighah: penawaran dan penerimaan yang membentuk kontrak jual beli. Ijab atau penawaran mengikut mazhab Hanafi ditakrifkan sebagai menetapkan sesuatu perbuatan tertentu melalui pengucapan kata-kata atau apa-apa jenis komunikasi seumpamanya bagi melahirkan kerelaan daripada salah satu pihak berakad yang memulakan kontrak. Qabul atau penerimaan pula ialah satu lafaz atau apa-apa komunikasi seumpamanya yang lahir kemudian daripada salah seorang yang berakad, sebagai jawapan kepada yang pertama (ijab) . Dalam perbahasan urusniaga secara on-line ini, penetapan dan penerimaan yang dirujuk adalah berasaskan siapa yang memulakan kontrak. Maka dengan ini ia selaras dengan pendapat Hanafi yang menyatakan pandangannya bahawa penetapan penawaran dan penerimaan yang dirujuk adalah berasaskan siapa yang memulakan kontrak .

Manakala pembentukan sighah ini pula boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara nyata (sorih) atau tidak nyata (kinayah). Ulama’ secara umumya bersepakat membolehkan sighah secara nyata, iaitu melalui pengucapan lisan, penulisan (surat-menyurat) dan penghantaran utusan, asalkan nyata menunjukkan kehendak dan boleh difahami. Sighah tidak nyata pula boleh berlaku dengan cara isyarat, perbuatan dan diam. Sighah jual beli yang berlaku dalam urusniaga secara on-line ini adalah secara nyata (sorih) iaitu dalam bentuk tulisan berdigital. Sama hukum dan keadaannya dengan jual beli secara surat menyurat. Cuma bezanya ia secara berdigital.

Kesamaan status tulisan dengan ucapan yang ditetapkan oleh para fuqaha’ dalam kebanyakan perkara telah menyebabkan ulama’ dan ahli perundangan menetapkan kaedah :
الكتاب كالخطاب
Maksudnya: Tulisan sama status dengan ucapan.

Oleh itu kontrak jual beli secara bertulis adalah sah selama mana memenuhi dua syarat iaitu mustabinah wa marsumah. Mustabinah ialah tulisan tersebut kekal di atas sesuatu objek yang dapat mengekalkannya seperti kertas, kayu dan batu . Manakala marsumah pula ialah tulisan dalam bentuk atau format penulisan yang biasa digunakan dan difahami awam. Kedua-dua ciri ini didapati dipenuhi dalam e-dagang kerana dari sudut mustabinah, tulisannya boleh kekal sama ada secara digital atau fizikal. Dalam bentuk digital, tulisannya boleh disimpan dan dipaparkan semula menerusi komputer. Secara fizikalnya pula adalah melalui cetakan terhadap borang atau e-mel jual beli. Dari sudut marsumah, ia menggunakan format penulisan yang bukan sahaja diiktitaf dan difahami oleh awam bahkan mempunyai sekuriti tertentu.

b) Pihak Yang Berkontrak.

Unsur kedua yang akan dihuraikan pula ialah berkaitan dengan pihak yang berkontrak iaitu penjual dan pembeli. Melalui urusniaga secara on-line, pihak yang berkontrak adalah dua pihak yang ghaib. Mereka tidak bersemuka langsung, melainkan dengan menggunakan sidang video. Hukumnya adalah sama dengan pihak yang berkontrak secara surat-menyurat. Namun begitu melalui urusniaga secara on-line ini segala identiti serta maklumat pihak yang berkontrak boleh diketahui melalui data yang perlu diisi oleh pembeli semasa jual beli. Bahkan masalah ini diyakinkan melalui sijil digital yang dikeluarkan oleh certification authorities. Ia merupakan tandatangan elektronik yang mengesahkan identiti pihak yang terlibat dan berfungsi mengelakkan penipuan sekaligus menghilangkan keraguan dalam urusan jual beli mereka . Selain daripada perkara tersebut, para fuqaha’ juga telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi berkaitan dengan pihak yang berkontrak :

1. Dua pihak yang berlainan antara penjual dan pembeli. Tidak boleh kedua-duanya dari orang-orang yang sama.
2. Mempunyai keahlian melaksanakan kontrak jual beli.
3. Melakukan secara sukarela, tidak dipaksa.

Keperluan ini sememangnya wujud dan dipenuhi dalam e-dagang. Bahkan dalam penetapan kelayakan berjualbeli dalam e-dagang ia bukan setakat berakal dan baligh, tetapi umur minimanya adalah yang mencapai tahap rashid (matang). Ini kerana kad kredit yang dijadikan medium pembayaran dalam kebanyakan jual beli e-dagang mensyaratkan umur minima mereka yang layak mendapat kad kredit biasanya sekitar 18 hingga 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan yang tertentu. Kanak-kanak adalah mustahil layak memiliki kad kredit .

c) Subjek Kontrak

Manakala unsur yang ketiga pula adalah subjek kontrak. Subjek kontrak di sini adalah barangan yang menjadi pertukaran dalam jual beli. Dalam urusniaga secara on-line ini, pertukaran yang berlaku adalah antara barangan dan wang. Jadi topik perbahasan di sini ialah barangan yang dijual beli dan harga yang menjadi bayaran kepada barang.

Dalam muamalah Islam disyaratkan subjek kontrak atau ma’qud ‘alaih mestilah menetapi kriteria berikut :
1. Harta yang bernilai dan diiktiraf oleh Islam.
2. Milik sah dan milik mutlak kepada kedua pihak yang berkontrak.
3. Wujud ketika kontrak jual beli.
4. Boleh diserah semasa kontrak
5. Maklum zat, jenis, sifat dan kadarnya sama ada dengan penglihatan atau dengan keterangan dan gambaran sifatnya.

Jelas bahawa subjek jual beli mestilah harta. Dalam urusniaga secara on-line, jenis harta yang sering diperjual beli ialah harta fizikal dan digital. Menurut Jumhur selain Hanafi, harta ialah apa sahaja yang bernilai dan perlu diganti jika dirosakkan. Mereka memasukkan manfaat dan hak juga sebagai harta . Dalam urusniaga secara on-line ini sebahagian subjek kontrak jual beli barangan berbentuk digital seperti perisian (software) yang tidak dimasukkan dalam apa barangan yang berbentuk fizikal tetapi dihantar secara digital atau terus dimuat turun (download) atau dipasangi (instalasi) pada computer juga adalah harta kerana ia adalah sesuatu benda yang boleh dimanfaati. Maka subjek jual beli dalam urusniaga ini sama ada berbentuk fizikal atau digital adalah sah diperjualbelikan mengikut pendapat Jumhur Ulama’.

Mengenai butiran dan spesifikasi subjek jual beli dalam urusniaga secara on-line, ia sememangnya dinyatakan secara jelas sama ada melalui teks, gambar, visual atau gabungan antaranya. Sekiranya pihak pembeli tidak puashati dengan spesifikasi yang diberikan, mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi e-mel atau telefon yang disediakan. Menurut Mazhab Maliki, Hanbali dan segolongan Syafie, sah jual beli barang yang tidak hadir penjual dan pembeli di dalam suatu majlis asalkan dinyatakan sifat dan spesifikasinya dan pembeli mempunyai hak khiyar apabila melihatnya nanti .

Maka jual beli barangan yang ghaib seperti yang berlaku dalam e-dagang adalah selaras dengan pendapat kebanyakan fuqaha’ dan juga fatwa yang dikeluarkan pada persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami. Namun kebanyakan mereka mensyaratkan dengan hak khiyar apabila barangan dilihat (khiyar ru’yah). Keadaan ini tidak diperuntukkan secara khusus dalam amalan e-dagang Cuma polisi yang biasa dibuat ialah polisi pemulangan dalam masa beberapa hari jika tidak berpuas hati. Contohnya dalam polisi e-cosway yang menetapkan pemulangan dalam masa 10 hari, jika tidak berpuashati dengan barangan kecuali yang dinyatakan tidak boleh dikembalikan semasa jual beli. Pemulangan hendaklah dalam keadaan bungkusan asal seperti yang dijual .

KESIMPULAN.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan maka dapatlah disimpulkan bahawa method qiyas yang digunakan dalam kes ini adalah bertepatan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu melalui kemunasabahan dan konsistensi. Sebab hukum (illat) yang digunapakai iaitu keredhaan bagi kedua-dua belah pihak (penjual&pembeli) juga amat sesuai dengan meneliti kesahihan akad yang wujud di dalam urusniaga secara online ini. Ini adalah berasaskan kepada pendapat dan pandangan daripada para fuqaha’ berkaitan dengan syarat dan rukun yang sah bagi akad yang disesuaikan dengan penggunaan konsep e-dagang pada masa kini. Meskipun dalam e-dagang unsur gharar atau ketidakpastian dan penipuan boleh berlaku tetapi nisbah kejadiannya adalah kecil kerana diatasi dengan protokol dan sistem tertentu yang menyebabkan sukar untuk dibuat penipuan. Urufnya jual beli secara e-dagang kini adalah selamat dan dilaksanakan oleh kebanyakan masyarakat secara global tanpa banyak menimbulkan masalah. Hukumnya juga adalah diharuskan berasaskan kepada hujah-hujah serta alasan yang telah diberikan di atas. Secara umumnya keadaannya samalah seperti transaksi jual beli secara tradisional yang banyak memberikan kebaikan dan kemudahan kepada masyarakat.

Oleh:
Zarul Izham Bin Jaapar
Jabatan Syariah dan Undang-undang
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Tuesday, March 28, 2006

MUQADDIMAH FIQH SIYASAH

Oleh: Yusuf Al-Qaradhawi

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam semoga sentiasa diberikan Allah kepada Rasulullah, juga kepada ahli keluarganya, para sahabatnya serta seluruh umat manusia yang mengikut petunjuknya. Amma Ba’du:

Inilah beberapa perbahasan penting tentang Fiqh Kenegaraan Dalam Islam. Ia adalah merupakan salah satu cabang ilmu fiqh yang telah lama diabaikan oleh kaum Muslimin dalam beberapa abad kebelakangan ini. Kaum Muslimin tidak lagi mengkaji dan mengeluarkan hasil-hasil ijtihad baru di dalamnya, sebagaimana mereka mengkaji cabang-cabang ilmu fiqh lain yang semakin luas dan besar bidang kajian dan perbahasannya, terutama fiqh ibadah.

Pada zamannya, Imam Ibn Al-Qayyim (abad ke 8H) pernah mengeluh dan merasa sedih melihat kejumudan yang melanda para Ulama dan Fuqaha’. Kegagalan mereka untuk berinteraksi dengan permasalahan semasa menjadikan para pemimpin pada zaman itu terpaksa mencari jalan penyelesaian di luar syariat Islam bagi menyelesaikan berbagai-bagai masalah politik dan kenegaraan yang menyeleweng. Peristiwa yang berlaku pada zaman Ibn Qayyim itu merupakan peristiwa pertama masuknya hukum-hukum ciptaan manusia yang mengetepikan kedudukan hukum syariat Islam.

Ulama-ulama jumud yang tidak mahu menerima sebarang perubahan itu ternyata muncul kembali pada abad ke 15H ini.Mereka hidup di abad ke 15H tetapi cara berfikir mereka serupa dengan nenk moyang mereka yang telah mati berabad-abad lamanya. Sedangkan seluruh bidang kehidupan pada zaman ini telah jauh berubah dibandingkan dengan kehidupan pada abad ke 8H. Mereka lupa bahawa Imam Syafie pernah merubah pandangan mazhabnya dalam masa yang singkat, sehingga mazhab beliau terbahagi kepada dua iaitu mazhab lama (Qadim) dan mazhab baru (Jadid). Pengikut mazhab Abu Hanifah pula berselisih faham dengan pendapat pandangan hasil mazhab Hanafi pada satu pertiga daripada mazhab, dan mereka berkata: “Seandainya Imam Abu Hanifah menyaksikan perubahan seperti yang kami lihat, tentu beliau pun akan berpendapat serupa dengan kami atau lebih lagi”. Dan Imam Ahmad Ibn Hanbal pernah mengeluarkan 7 pendapat untuk satu masalah ekoran keadaan yang berubah-ubah.
Sekarang, kita melihat sebahagian orang yang menceburkan diri dalam bidang fiqh dan dianggap sebagai tunjang utama kebangkitan Islam berkata: “Konsep syura dalam ajaran Islam hanya merupakan satu isyarat yang tidak jelas, sebab itu ia bukanlah merupakan satu ketentuan yang mutlak. Pemimpin berhak untuk meminta pendapat ahli syura untuk mencari idea, kemudian dia boleh membuang pendapat mereka yang menggunakan pendapatnya sendiri! Bukankah dia yang memilih, menetapkan dan membubarkan majlis syura ikut kehendaknya?”

Kita juga melihat sebahagian orang menolak konsep parti majmuk di bawah naungan negara Islam. Sebahagian yang lain menolak konsep pilihan raya bagi memilih seorang pemimpin negara atau wakil-wakil rakyat untuk Majlis Permesyuaratan dan Dewan Perwakilan. Ada pula yang menolak Sistem Pemilihan yang menggunakan Suara Majoriti, atau menolak pembatasan masa bagi pemimpin negara dalam jumlah tahun tertentu. Bahkan ada yang mengatakan bahawa seluruh perkara yang ditimbulkan oleh Sistem Demokrasi adalah mungkar dan wajib diperangi!

Lebih dari itu, ada pula yang mengingkari Hak kaum wanita untuk mengundi dalam pilihan raya, apa lagi Hak mereka untuk dipilih sebagai anggota majlis perwakilan atau anggota majlis yang lain. Jika pendapat tersebut diamalkan maka umat ini telah mengabaikan separuh daripada potensinya. Begitu pula, ada pendapat yang melarang orang-orang yang bukan Muslim untuk mengundi, diundi ataupun turut serta dalam sebarang bahagian dalam pentadbiran kerajaan. Bahkan ada pula yang mengatakan: seseorang Muslim tidak boleh mencalonkan dirinya sendiri menjadi anggota Majlis atau yang lainnya, sebab dengan yang demikian ia telah meminta kekuasaan untuk dirinya, dan kekuasaan tidak boleh diberikan kepada orang yang memintanya.

Golongan manusia seperti di atas sebenarnya sangat kecil bilangannya dengan majoriti Umat Islam yang kini sedang menyambut kebangkitannya. Tetapi frekuensi suara mereka agak tinggi kerana dibantu oleh kekuatan yang membenci kebangkitan Islam. Kekuatan tersebut memberikan hembusan-hembusan bantuan kepada mereka di atas pentas tertentu dengan tujuan-tujuan tertentu. Di sebalik ulama yang jumud ini terdapat segolongan manusia yang mengingkari kewujudan negara Islam yang memerintah di bawah undang-undang Allah. Mereka memisahkan agama dengan politik sejauh-jauhnya dan berpendapat bahawa tidak ada agama dalam politik dan tidak ada politik dalam agama.

Mereka memperlakukan Islam di Timur sebagaimana mereka memperlakukan Kristian di Barat. Tetapi Islam tidak sama dengan Kristian, masjid tidak serupa dengan gereja, dan sejarah Ulama-ulama Islam di sini tidak serupa dengan sejarah pemimpin gereja di sana. Islam tidak kenal perkataan: ‘Tinggalkan apa yang menjadi milik Kaisar untuk Kaisar dan apa yang menjadi milik Tuhan untuk Tuhan’. Sebaliknya, Islam mengisytiharkan bahawa Kaisar dan seluruh apa yang dimilikinya adalah milik Allah, Tuhan Yang Esa dan Satu. Islam tidak pernah memusuhi Ilmu pengetahuan, pemikiran, kreativiti, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Kristian terhadap ilmuwan Barat. Islam juga tidak pernah mendirikan mahkamah perisikan yang menggerunkan, seperti yang pernah didirikan pemimpin kristian bagi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati atau menyiksa seluruh para sarjana, ilmuwan dan pemikir ilmiah yang berfikiran bertentangan dengan wawasan kristian.

Kita dapati bahawa golongan ini ingin menyingkirkan Islam dari memainkan sebarang peranan dengan cara mengenepikan kekuatan Islam. Perkara yang sama telah mereka lakukan kepada agama kristian sehingga agama tersebut berdiri dengan lemah tanpa sebarang kekuatan, sama ada dalam pentadbiran negara ataupun fungsi-fungsi keagamaan yang biasa.

Kita dapati kaum tersebut berusaha untuk keluar daripada kesepakatan umat yang sepanjang sejarahnya meyakini bahawa Islam adalah akidah dan syariah, agama dan negara, ibadah dan kepimpinan serta solat dan jihad. Rasulullah saw merupakan pemimpin pertama bagi negara Islam dan para khalifah setelah baginda mengikuti ajaran-ajaran dan langkah baginda. Pemimpin pemimpin negara Islam merupakan wakil Rasulullah dalam menegakkan syiar agama dan politik keduniaan.

Ramai di antara orang yang sekularis, sama ada golongan kanan yang liberalis mahupun golongan kiri yang komunis, mengiktiraf kehebatan Islam. Tetapi mereka tidak pernah mahu tunduk kepada hukumNya, tidak mempedulikan perintah dan laranganNya dan tidak sudi merujuk kepada Quran, dan Sunnah RasulNya. Jika mereka merujuk kepadaNya pun nescaya mereka akan mengubahkan kedudukan ayat-ayatNya dan menjadikan isi kandungan Quran dan Sunnah tunduk mengikut selera mereka. Perbuatan sperti itu mengambarkan kepalsuan iman mereka terhadap perilaku ahli iman sejati seperti yang difirmankan Allah:

Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasulnya agar Rasul menghukum di antara mereka ialah, “Kami dengar dan Kami taat”, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (An-Nur:24:51)

Mereka mempersendakan hukum yang syumul, sedangkan konsep tersebut dipegang teguh oleh kaum muslimin sejak berkurun berzaman. Mereka menciptakan istilah ‘Islam Politik’ bagi setiap aktiviti politik yang dilakukan oleh kaum Muslimin. Seakan-akan terdapat beberapa jenis Islam: Islam Rohani, Islam Pemikiran, Islam Sosial, dan Islam Politik. Sebaliknya Islam merupakan konsep yang satu dan menyeluruh, sama ada pada bentuk dasarnya, pada aspek-aspek pendukungnya atau pada sumber ajarannya.

Di antara kaum sekularis yang sentiasa berusaha untuk mencari kelemahan Islam dan kaum yang jumud yang tidak mahu menerima hakikat perubahan semasa, terdapat aliran al-Wasatiyah al-Islamiyah (Bersederhana). Aliran inilah yang menggali ajaran Islam daripada sumber asal yang jernih dan percaya bahawa Islam adalah kehidupan yang sempurna bagi individu, keluarga, masyarakat, dan negara. Aliran ini melihat kepada Islam dengan satu pandangan kemudian melihat kepada konteks zaman dengan pandangan lain. Ia menggabungkan antara ajaran lama yang bermanfaat dengan nilai baru yang baik dan berubah-ubah. Ia juga menyeru kepada pemulihan akal, pembaharuan pemikiran, ijtihad agama, dan penerokaan dunia. Mereka mengambil sebahagian daripada sistem-sistem terbaikyang dipraktikkan pada zaman ini dan beranggapan bahawa jika demokrasi dibersihkan daripada unsur yang meragukan serta dihiasi dengan nilai-nilai dan hukum Islam ia merupakan satu sistem yang paling hampir dengan prinsip Islam.

Yusuf Al-Qaradhawi
Kaherah
Jamadil Awal 1417H
15 September 1996


p/s:
1. siapa yang ader buku nie, baik habiskan bacaan anda...sbb best sgt2
2. all da best to all my friends