Designed By: ehsanibnzaid


Thursday, March 10, 2005

SIRI MOTIVASI: CIRI-CIRI UMUM SEORANG PIMPINAN

Secara umumnya, Islam telah menggariskan beberapa ciri-ciri untuk menjadi seorang pemimpin.
Ciri – ciri yang dimaksudkan adalah:

Membina keyakinan diri dengan berusaha memperbaikinya.
a. Mengkaji potensi diri dan menilai prestasi kerja dari semasa ke semasa

b. Mempertingkatkan kemampuan dan keupayaan yang dimiliki dan berusaha membatasi keupayaan diri
c. Sentiasa mencari peluang untuk menambahkan ilmu dan thaqafah

2. Memiliki personaliti yang tinggi pada pandangan zahir dan batin dari segi keimanan, kesihatan, optimis, berfikiran terbuka, kemampuan berinteraksi dengan mereka yang dipimpin, istiqamah dalam perjuangan dan sanggup menerima kritikan.

3. Mengamalkan konsep syura dalam menjalankan tugasnya. Sifatdiktator’ atau ‘man show’ adalah asing dari Islam dan ciri – ciri ini hanya akan membawa kesan negatif kepada kepimpinan dan mereka yang dipimpin. Sifat ini hendaklah dibentuk dan dilaksanakan pada setiap peringkat kepimpinannya ketika merancang dan melaksanakan kerja hingga berjaya.

4. Mengatur dan merancang strategi kerja dengan menitik beratkan cabang-cabang kemampuan, suasana persekitaran realistik dalam perancangan.

Rujukan: Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna
RENUNGAN

Pemimpin yang cemerlang tidak lahir dalam satu malam......pemimpin tidak tercipta dengan kata – kata ......

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Nanti leh bg kursus motivasi kat sekolah aku...

2:21 AM  

Post a Comment

<< Home