Designed By: ehsanibnzaid


Tuesday, May 24, 2005

WELFARE VISIT

DARUL KIFAYAH

22 Mei 2005 - Merupakan satu sejarah pertama dalam hidup ehsan sebagai seorang siswa. Pada hari tersebut ehsan telah megikuti Lawatan Kebajikan ke salah sebuah Rumah Anak-anak Yatim di Darul Kifayah, Kepong. Kami bertolak kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki bas yang telah disediakan. Sesampainya di sana kami disambut meriah oleh adik-adik yang nasibnya telah ditentukan Yang Esa. Ada yang tidak beribu, ada yang tidak berbapa, ada yang datang dari keluarga yang susah. Terasa diri ini amat bertuah, inilah takdir di dunia.Melihatkan keadaan mereka, ehsan terfikir dan tertanya, "kalau aku susah, ada lagi yang lebih teruk dariku".
Kenangan sehari, bersama anak-anak yatim di Darul Kifayah telah mengajar banyak erti seorang hamba yang lemah, ketentuan ilahi adalah sesuatu yang pasti. Bayangkan, (seorang adik yang bersama ehsan berkongsi pengalaman) ketika umur 7 tahun, kakaknya ditimpa kemalangan dan kakinya terpaksa dipasang besi, kemudian pada umur 8 tahun, ayahnya meninggal dunia...kemudian datuknya.kini tinggal ibunya yang menjaga dan menyara adik beradiknya. Malang sekali lagi apabila ketika di Tahun 6, dia pula ditimpa kemalangan. Seorang kawannya, menolaknya jatuh ke dalam lombong. Lemas, tetapi masih sempat diselamatkan. Kiranya, waktu itu telah ditentukan oleh Tuhan. Pasti adik yang suka namanya dipanggil "zizi" itu juga tiada bersama-sama kami.
Selepas menunaikan solat asar, kami berkumpul semula dalam satu upacara penutup. Rata-rata menyatakan hasrat tidak berpuas hati kerana terasa amat sekejap mereka bersama fasilitator, abang-abang dan kakak-kakak yang menjadi pendorong kepada mereka.
Sahabat-sahabat sekalian, pesanan buat diriku yang lemah ini. Peliharalah anak-anak yatim, kasihanilah mereka, dan ingatlah "Hari ini hari mereka, esok lusa siapa yang tahu?" -by: Ehsan -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home