Designed By: ehsanibnzaid


Monday, June 20, 2005

KEBEBASAN DAN DISIPLIN

"LEBIH DISIPLIN BERMAKNA KURANG KEBEBASAN"
oleh: ehsan

Disiplin membawa konotasi yang negatif. Namun demikian, apabila kita renungkan kembali. Percayalah ia adalah sesuatu yang berfaedah dan bernilai. Kita sering memikirkan disiplin dan kebebasan adalah di antara dua kontinum: kelebihan bagi satu bermakna kekurangan bagi yang satu lagi. Apabila kita optimis mengenainya, kita akan tahu bahawa kedua-duanya boleh wujud dalam pelbagai gabungan.

1. Kebebasan yang sedikit dan disiplin yang kurang. Contohnya; kawasan yang mempunyai kes jenayah paling tinggi iaitu kita sendiri takut untuk keluar dan khuatir akan keselamatan diri kita.
2. Kebebasan yang tinggi dan disiplin yang sedikit. Contohnya; Kehidupan di sebuah pulau yang jauh dan terpencil.
3. Kebebasan yang rendah dan disiplin yang tinggi. Contohnya; penjara dan kerajaan autokratik-anti demokrasi.
4. Kebebasan yang tinggi dan disiplin yang kuat. Ini berlaku apabila manusia mengenakan disiplin diri. Mereka menetapkan matlamat mereka sendiri. Merumuskan suatu strategi dan mengenakan peraturan pada diri sendiri. Mereka memprogram diri mereka untuk belajar dan sentiasa memenuhi peluang daripada masa, tenaga, dan hasilnya mereka bekerja dengan masa yang kurang dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home