Designed By: ehsanibnzaid


Saturday, July 23, 2005

10 SEBAB MENGAPA AKU KURANG MEMBERI PENERANGAN

Apabila bersandar di dinding sebuah Masjid, fikiran mula melayang. Terkenang apabila sahabat-sahabat bertanyakan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan diri yang faqir ini. Terasa gelihati dan nak tergelak apabila ada yang bertanya mengenai beberapa perkara yang dirasakan mustahak, tetapi hakikatnya hanya bualan kosong...
1. Ada orang bertanya: Kenapalah awak tak banyak ke hadapan dalam memberi penerangan?
Ehsan kata: Penerangan perlu selalu ke hadapan ke? (ehsan bertanya semula) Hanya dengan ke hadapan dan menerangkan isu, menyebabkan masyarakat akan lebih memahami dan berjaya menerangkan sesuatu perkara dengan baik. Tidak semestinya, banyak kaedah penerangan lain seperti penulisan, website, dan blog. Cumanya, mungkin sewaktu “meeting” kita perlu ke hadapan untuk menerangkan.
2. Ada orang bertanya: Awak macam penakut?
Ehsan kata: Biasalah, siapa tak takut pada Tuhan. Banyak orang berkata mengenai perkara yang sia-sia. Sesetengah isu tak perlu terlalu ditekankan kerana banyak perkara dasar yang kita tak buat lagi. Sebelum cerita mengenai sebuah negara, bina dahulu diri kita sendiri contoh, sembahyang, studi dan sahsiah kita.
3. Ada orang bertanya: Salahkah cerita bab negara? Tak perlu terlibatkah dengan politik ketika belajar?
Ehsan kata: Tak salah, jadi tanggungjawab bagi orang yang berakal macam kita fikir bab negara. Sembahyang juga masuk bab negara, bukannya masalah individu semata-mata. Salah kalau orang kata, belajar tak boleh terlibat dengan politik. Orang yang belajarlah kena terlibat dengan politik, sebab hukum berpolitik itu wajib bagi orang yang berilmu. Kalau orang yang tak tahu, perlu disampaikan kepada mereka. Bimbing saudara-saudara kita di “luar sana” yang tiada siapa nak bantu. Tanggungjawab kita memelihara saudara yang lain, walaupun dia kafir. Kalau salah tegurlah...
4. Ada orang bertanya: Awak terlalu syadid?
Ehsan kata: Syadid macam mana, nak kata berkopiah selalu. Jarang rasanya, cuma kadang-kadang berserban. Itupun sunnah nabi, kalau orang Islam sendiri kata berserban dan berkopiah itu syadid. Malulah pada Nabi Muhammad yang sentiasa mengamalkannya. Kamu tidak mengutuk aku, tetapi mengutuk Rasulullah SAW sama. Kadangkala, saya tegas dalam sesetengah perkara. Tetapi menerima pandangan orang lain dan memuliakan orang yang lebih baik dari saya.
5. Ada orang bertanya: Macam mana dengan perihal thiqah?
Ehsan kata: Kalau kamu betul-betul ingin menjadi ulama hadis, teruskanlah memelihara sahsiah dan amalan kamu. Supaya tiada syak orang yang mengikuti kamu. Biarlah apapun orang kata. Sesetengah kita, kadangkala mempermainkan hal ini. Kita mudah bagi thiqah atau percaya pada seseorang kerana sahsiah mereka dan amanahnya mereka. Kalau pakai kopiah dan berserban sekali pun belum tentu golongan tersebut boleh dipercayai, tetapi itu lebih baik dari yang tak pakai apa-apa langsung.
6. Ada orang bertanya: Kamu golongan konvensional bukan golongan agama? Kamu tak sesuai.
Ehsan kata: Hanya orang sekular kata begitu, Islam memenuhi hak manusia dengan keadilan. Tiada beza, kalau begitu baik sampaikan ajaran Islam pada ahli agama dan bukan kepada golongan konvensional. Islam untuk seluruh umat manusia, tidak kira warna kulit, ras, bahasa, dan bangsa. Kamu mengaji Al-Quran tetapi tidak mengambil faedah darinya, rujuklah Surah Al-Hujurat: 10 dan 13. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa di kalangan kamu.
7. Ada orang bertanya: Kamu tak bagus dan tak elok?
Ehsan kata: Benar, kerana saya bukan nabi yang maksum. Kalau kamu menilai dari diri saya mengenai apa yang saya sampaikan itu sudah memadai. Jangan berjuang kerana manusia (tidak kekal). Pandangan manusia ada yang benar dan ada yang tidak. Ia boleh tertolak sekiranya bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah.
8. Ada orang bertanya: Kamu sering bagi alasan, kerana ego?
Ehsan kata: Itulah sekadar yang saya mampu lakukan. Selebihnya, biarlah Allah yang menilai dan bukan manusia seperti kamu. Tugasan saya agak berat dan amanah yang saya pikul terlalu menyusutkan kepala. Tetapi saya lebih gembira bila semuanya ikhlas dan telus. Tidak berpura-pura dan rekaan semata-mata.
9. Ada orang bertanya: Mengapa abaikan studi, kata perlu berjaya dalam semua bidang?
Ehsan kata: Sebab orang-orang macam kamulah, yang lari dan pentingkan studi sendiri dan sanggup biarkan orang macam aku yang memikul amanah dan kadangkala terpaksa abaikan studi. Sudah tidak ada golongan yang inginkan melaksanakan tanggungjawab ini.
10. Ada orang bertanya: Kamu “Inferioty Complex” ?
Ehsan kata: Cukuplah orang yang mengenaliku, hanya salam dan teladan yang baik mampu menerangkan segalanya. Balasan Allah terhadapku hanya Dia yang tentukan. Ku yakin bahawa akan ada yang lebih baik dariku dan aku hanya mengharapkan perubahan dari hati-hati yang hidup.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Baguslah, ehsan...Naruto doakan ehsan berjaya dan istiqamah

1:49 AM  

Post a Comment

<< Home