Designed By: ehsanibnzaid


Saturday, July 23, 2005

HAJI WIDA' (HAJI TERAKHIR)

Oleh: Ehsan

Haji wida' adalah satu-satunya haji yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w selepas dilantik menjadi rasul. Apabila umat Islam mendengar beruta bahawa baginda akan mengerjakan haji pada tahun itu maka umat Islam seluruh pelusuk Tanah Arab berbondomg-bondong turun mengerjakan haji sehingga dianggarkan oleh ahli sejarah bilangan mereka hingga mencapai seramai 24,000 orang kesemuanya.
Dalam haji tersebut Rasulullah s.a.w telah memberikan khutbah terakhir yang mesti dihafal oleh semua penuntut ilmu lantaran kandungannya mengandungi prinsip-prinsip umum Islam. Di antara isi kandungan khutbah itu yang bermaksud:
"Wahai manusia, dengarlah perkataanku ini.Aku tidak tahu selepas tahun ini boleh jadi aku tidak bertemu dengan kamu lagi di tempat ini selama-lamanya.
Wahai manusia, sesungguhnya darah kamu dan harta benda kamu adalah suci bagi kamu sehingga kamu bertemu dengan tuhan kamu dalam keadaan suci sesuci hari ini dan sesuci bulan ini. Sesungguhnya kamu akan bertemu tuhan kamu dan ia akan menyoal kamu tentang segala perbuatan kamu. Itu semua telah aku sampaikan kepada yang berhak menerimanya dan setiap keuntungan adalah dibahagikan tetapi bagi kamulah modalnya dan untuk itu kamu tidak akan menzalimi dan dizalimi. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menentukan tidak adanya kelompok dan kelebihan dan bahawa kelompok al-Abbas bin Abdul Muthallib itu semuanya dendam berdarah di nmasa jahiliah telah dihapuskan. Dan bahawasanya pertama kali darah kamu tertumpah adalah darah Ibnu Laith dan dibunuh oleh Huzail. Itulah awal tuntutan kau ke atas pertumpahan darah di masa jahiliah.
Kemudian daripada itu wahai semua manusia sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk disembah orang di bumi ini selama-lamanya.Akan tetapi dalam hal selain itu dia masih dituruti orang. Sesungguhnya syaitan itu telah redha oleh amal-amal kamu yang jahat. Maka sentiasa waspadalah kamun dalam agama kamu.
Wahai semua manusia sesungguhnya penangguhan itu adalah membawa bertambahnya kekufuran. Dengan perbuatan itu orang-orang kafir ingin menyesatkan kamu denga cara menghalalkan (perang) setahun dan mengharamkan setahun agar mereka supaya mereka dapat mengabaikan apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah. Sesungguhnya zaman telah bertukar kembali kepadanya semasa Allah menciptakan bumi dan langit. Jumlah bulan di sisi Allah adalah 12 bulan. Empat bulan di antaranya adalah bulan haram, tiga daripada yang empat ini adalah berturut-turut dan bulan Rejab merupakan yang baik di antara Jamadi Awwal – Jamadil Akhir dengan bulan Sya'ban.
Kemudian daripada itu wahai manusia sesungguhnya kamu berhak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka pun berhak ke atas kamu. Hak kamu ke atas mereka ialah hendaklah mereka tidak menerima seseorang yang tidak kamu sukai dan kewajiban mereka pula ialah tidak boleh melakukan kejahatan yang nyata. Jika mereka melakukannya maka Allah telah mengizinkan kamu untuk meninggalkan mereka ditempat tidur dan memukulnya dengan pukulan yang tidak mencederakan. Jika mereka berhenti dari kemaksiatannya, maka bagilah mereka rezeki dan pakaian yang sebaik-baiknya. Dan berilah mereka itu nasihat sebab mereka sebagai amanah Allah swt dan kamu menghalalkan faraj-faraj mereka dengan kalimah Allah swt.
Amatilah wahai sekalian manusia akan perkataanku ini. Sesungguhnya aku telah menyampaikannya. Dan aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang teguh kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya perkara yang jelas nyata iaitulah Kitab Allah swt dan Sunnah NabiNya. Wahai sekalian manusia dengar dan telitikanlah kata-kataku ini. Kamu semua telah benar-benar mengetahui bahawa semua muslim adalah bersaudara. Tidak halal bagi seseorang mengambil sesuatu daripada saudaranya kecuali apa yang telah diberi oleh saudaranya itu daripada pekeraan yang halal. Janganlah kamu menzalimi (berbuat aniaya) terhadap dirimu sendiri. Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan kesemuanya!

Pengajaran
1.Islam mengharamkan umatnya membunuh dan menceroboh hak orang lain kerana tiap-tiap orang mukmin adalah terpelihara. Perbuatan membunuh dan mencuri adalah dilarang keras.
2.Allah swt akan menyoal manusia di padang masyar nanti atas apa yang sudah dilakukan di dunia.
3.Kita hendaklah bertaqwa kepada Allah dalam urusan wanita. Tiap-tiap orang yang berkahwin adalah bertanggungjawab terhadap isterinya. Isteri adalah amanah Allah swt. Kita menjadi halal bagi isteri-isteri kita adalah dengan keizinan Allah swt.
Jika isteri kita melakukan sesuatu yang tidak baik, kita boleh tidur asing daripadanya dan memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Tujuan pukulan itu adalah untuk memberi tarbiyah, bukan hukuman.
4.Nabi telah meninggalkan ntuk kita Al-Quran sebagai panduan. Selagi mana kita berpegang dengan Al-Quran, selagi itulah kita tidak akan sesat.
5.Nabi saw adalah Nabi terakhir dan kita juga adalah umat terakhir. Nabi menyuruh kita menyembah Allah Yang Maha Esa, solat lima waktu, berpuasa dalam bulan Ramadhan, menunaikan zakat, menunaikan haji di Baitullah dan mentaati pemimpin yang betul. 6.Jika kita melakukan semua perkara ini, nescaya kita ada tempat di syurga Allah swt.
7.Khutbah ini disaksikan oleh semua umat Islam di Mekah pada ketika itu. 8.Sesungguhnya Nabi saw telah menyempurnakan amanahnya kepada kita.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home