Designed By: ehsanibnzaid


Monday, July 25, 2005

HUDUD TERLAKSANA - AYAH PIN

23 Julai - Seramai 49 pengikut kumpulan ajaran sesat Ayah Pin dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, Kampung Raja dekat sini, hari ini atas tuduhan melanggar arahan Mufti Negeri dengan menyertai kumpulan yang terpesong dari ajaran Islam.
Dakwaan ke atas mereka mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Hakim membenarkan permohonan tersebut dan mengarahkan semua tertuduh diletakkan di dalam tahanan polis selama lapan hari mengikut Seksyen 107(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu 2001. - Linux Pro -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home