Designed By: ehsanibnzaid


Wednesday, July 20, 2005

JARUM SUNTIKAN DAN KONDOM BUKAN PENYELESAIAN

Oleh: Ehsan
Mengenangkan nasib bangsa Melayu yang semakin ramai terlibat dengan Gejala Penagihan Dadah.Hati terasa dihiris oleh sesuatu yang sangat tajam.Tak dapat penulis bayangkan bagaimanakah keadaan dan nasib anak-anak di masa hadapan,ditambah lagi apabila KERAJAAN HADHARI cuba untuk memberikan jarum suntikan, methadone, dan kondom sebagai jalan penyelesaian kepada masalah DADAH, dan HIV di negara kita.Alasannya mudah, iaitu untuk menjimatkan kos. Tetapi dengan RM150 juta itu, telah menjatuhkan nilai sebuah kehidupan dan nilai seseorang makhluk Tuhan itu sendiri.Siapa menyangka harga sebuah bangsa ialah RM150 juta.Walaupun mereka yang menghidapi HIV mahupun DADAH keterlaluan, mereka tetap manusia.WE SHOULD TREAT THEM EQUAL!Ulama berpandangan supaya mereka ini dibimbing dan diberi peluang untuk betaubat (kembali kepada ajaran agama yang sebenar; NO MATTER WHO HE/SHE IS!), dilatih di sebuah tempat khas.Tetapi ditolak...pada pandangan penulis, daripada mereka ini diberi jarum suntikan dan kondom.Adalah lebih baik berikan mereka pisau untuk tikam diri sendiri, sama sahaja jalannya.Bahkan dengan membekalkan jarum suntikan dan kondom akan lebih menambahkan lagi bilangan penagih di negara kita.
WAHAI BANGSAKU BELAJARLAH:
Di bawah skim kerajaan RM150 juta, dijangka bermula Januari depan, 20 klinik kerajaan dan swasta akan mengedarkan jarum dan kondom, bermula dengan 1,200 penagih dadah.“Kita akan menyediakan mereka jarum supaya mereka tidak akan berkongsi jarum. Di kebanyakan negara, keputusannya baik dalam mengurangkan kadar jangkitan HIV,” kata Menteri Kesihatan Chua Soi Lek.Walaupun skim tersebut merupakan kaedah yang ditentang habis-habisan oleh golongan agama, pentadbiran Abdullah merasakan tiada pilihan lain selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa Malaysia dipinggir merebaknya HIV/Aids yang amat serius.Baru-baru ini, menurut WHO, terdapat 15,000 anak yatim Aids di Malaysia dan negara akan menghadapi wabak HIV sekiranya ia tidak mengambil langkah drastik.Kerajaan percaya bahawa cadangan mengurangkan bilangan jangkitan baru akan berjaya kerana 75 peratus daripada mereka yang dijangkiti HIV/Aids adalah penagih dadah.Terdapat 64,439 orang yang dijangkiti dengan HIV/Aids antara 1986 dan Disember tahun lalu, dengan kira-kira 10 peratusdijangkiti tahun lepas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home