Designed By: ehsanibnzaid


Friday, July 15, 2005

REVO HANYALAH SLOGAN

REVO adalah singkatan bagi Revolusi Kebangkitan Mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Ia adalah Parti Pihak SAHABAT ataupun ASPIRASI di UIAM. Kegiatan mereka semakin kemas menjelang Pilihanraya kampus, iaitu mengedarkan risalah di beberapa buah kolej di sini.Namun demikian, pengarang tertarik dengan propaganda yang disebarkan iaitu REVO memerlukan sokongan MAHASISWA, dan akan memperjuangkan HAK MAHASISWA. Tetapi gelihati apabila membaca propaganda tersebut. UIAM yang permai pernah dilanda berbagai isu siswa dan siswi seperti, ISU HELMET, MUSLIMAT DILARANG MEMAKAI PURDAH,PTPTN LAMBAT, KENAIKAN HARGA MINYAK,DERMA TSUNAMI dan bermacam perkara lagi yang bersangkutan dengan kebajikan pelajar. Namun demikian, tak pernah pengarang melihat Pihak REVO menyumbangkan pendapat dan menghulurkan bantuan berkenaan perkara tersebut demi memperjuangkan hak asasi MAHASISWA khususnya dan RAKYAT MALAYSIA umumnya. Cakap saja tak guna, perlu buktikan. Biarlah REVO = ASPIRASI memainkan pelbagai propaganda. Namun sekiranya, penakut dan sanggup ditambat hidung dan menurut kehendak yang menekan MAHASISWA, pengarang percaya REVO TIDAK AKAN MENDAPAT SOKONGAN, DAN HARAPAN KAMU (REVO) TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home