Designed By: ehsanibnzaid


Saturday, August 20, 2005

12 TEKNIK KERJA


Oleh: ehsan ibn zaid

Di bawah ini adalah senarai 12 teknik kerja yang digunakan dengan meluas dan dipercayai dapat membantu anda untuk berjaya. Senarai ini jauh lebih lengkap. Apabila anda membaca setiap satunya, cuba fikirkan seseorang yang anda kenali yang hidupnya mengamalkan teknk kerja sebegini. Adakah orang itu anda? Jika anda benar-benar jujur dengan diri anda sendiri, mungkin anda akan melihat diri anda sekurang-kurangnya separuh dari yang telah saya senaraikan.

1. LEBIH GIAT ANDA BERUSAHA, LEBIH BANYAK YANG ANDA PEROLEHI

Sesetengah orang mempunyai kepercayaan bahawa bahawa hasil kerja adalah berkait langsung dengan betapa kuatnya anda bekerja. Sebilangan besar peribahasa mengukuhkan konsep yang menyamakan hasil dengan kerja keras. “Bekerja sehingga kaki ke atas, kepala di bawah”. Thomas Endison berkata, Genius adalah satu peratus inspirasi dan sembilan puluh sembilan peratus adalah keringat.
Apabila ditanya tentang kunci kejayaan, perkara pertama yang sering saya kaitkan ialah kerja keras. Pemikiran kita sudah terlalu terikat dengan etika ‘kerja keras’. Sehinggakan kita terdorong untuk melakukan setiap kerja dengan teruk. Hatta tidak pernah memikirkan keburukan untuk diri kita. Ramai pula orang telah mendakwa bahawa telah berjaya dengan bekerja keras, sehingga apabila mereka gagal.Mereka sanggup membunuh diri sendiri. Apabila orang berkata demikian, iaitu berjaya dengan bekerja keras. Katakan kepada mereka, “Who work hard?”Tetapi bagaimana orang yang gagal setelah bekerja keras, sesetengah orang bekerja keras dan kemudian dipecat. Orang lain bersungguh-sungguh membina rumahtangga. Akhirnya mereka berpisah. Adakalanya kerja keras, sememangnya mendatangkan perbezaan antara kejayaan dan kegagalan. Tetapi kecenderungan untuk menyatakan nilai ini dengan berlebih –lebihan dan tidak menghiraukan sikap serta kriteria kejayaan yang tidak kurang pentingnya. Mujurlah, atau malangnya, kadang-kadang, jika pernah, setimpal dengan usaha yang dilakukan. “Kaki naik ke atas, dan kepala di bawah” hanya menjamin dua perkara bagi anda: postur yang meleding dan hidung yang pipih.

Bersambung...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home