Designed By: ehsanibnzaid


Friday, August 05, 2005

AL-FATIHAH buat ZAINAB AL-GHAZALI

"Beliau adalah model kepada Muslimah dalam jihad untuk menggantikan sistem sekular dan ideologi liberal dengan Islam,"

Zainab al-Ghazali telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005 dalam usia 88 tahun setelah bergelumang dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir.

Jenazahnya akan disempurnakan hari ini 4 Ogos 2005 di Masjid Ra’baah Adawiyyah di Nasr City seperti yang dimaklumkan ahli keluarganya yang terdekat.

Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan Islam muslimat di dunia Arab merentasi beberapa buah negara Arab dan Islam sepanjang kerjaya sebagai pendakwah Islam sepenuh masa.

Al-marhumah yang dilahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuah perkampungan di wilayah al-Buhairah (utara kota Kaherah), daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, kerana bapanya adalah salah seorang ulama’ al-Azhar yang cukup berpengaruh.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Site targeted traffic web Hi, I really like your Site targeted traffic web blog. I learned a lot about Site targeted traffic web . I've found a web site on

Site targeted traffic web that you could use to your advantage. Why don't you take a look here Site targeted traffic web
Thanks for visiting. Talk to you later.

7:18 PM  

Post a Comment

<< Home