Designed By: ehsanibnzaid


Wednesday, August 03, 2005

EPILOG 5 LEGENDA - KERIS PANGLIMA

Oleh: Keris Panglima

Al-kisah tersebutlah sebuah cerita, lima sahabat sekawan terpahat dalam Kitab Sejarah Melayu. Hidup mereka bersaudara, minum segelas, makan sedulang, dan tidur sebantal. Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang Kasturi nama diberi. Pahlawan terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Zaman kebangkitan Melayu, kerana hulubalangnya yang taat dan setia kepada Raja. Sayugianya, suatu hari bertitah Si Raja membunuh Hang Tuah. Sahabat karib menentang Daulat Raja, Keris Taming Sari merampas Istana. Tiga saudara menasihati kekandanya, namun kerana memperjuangkan kekandanya yang telah pergi. Biar di depan matanya laut darah sekalipun, Jebat tekad menentang Raja. Arakian, Tuan Bendahara membongkar pekung di dada. Titah Raja membunuh Hang Tuah tidak diturut. Hang Tuah masih hidup, dan bernyawa di tengah rimba. Dititahkan baginda Sultan kepada Hang Tuah, “Wahai Tuah, baginda berhajat mengusir Jebat Derhaka. Buatlah segala, agar aman Kota Melaka”. Tuah yang taat perintah Paduka Baginda, menyusur terbang ke Istana. Terkejut Jebat kekandanya masih hidup, dijangka tidak berjumpa. Jebat bertitah, “Kekandaku, hamba cuba membela nasibmu. Peluklah hamba wahai saudaraku”. Pelukan Tuah mengundang bala.Jebat tetap menentang Raja kerana adat pertahankan saudara, dan Istana Melaka. Pantang hulubalang menyerah kalah. Jebat berjuang kerana Tuah, adapun nyawa saudara lebih berharga dari titah baginda. Jebat ditikam Si Taming Sari, mengalir darah seorang saudara...Hang Tuah sedih melarikan diri. Dicampaknya Si Taming Sari, mengalir mengikut mematikan diri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home