Designed By: ehsanibnzaid


Monday, August 15, 2005

JEREBU


Oleh: ehsan ibn zaid

Hari khamis lepas, keadaan di sekitar tempat tinggalku berkelabu. Seakan-akan tidak lama lagi hayat dunia ini. Teringatkan peristiwa isra' dan mikraj Rasulullah SAW ke sidratul muntaha. Baginda terlihatkan seorang tua yang sudah bongkok tiga. Malaikat kata: itulah umur dunia...bayangkan seorang wanita yang sudah terlalu tua dan menanti untuk tersungkur menyembah bumi. Aku sedar hakikat dunia ini telah uzur dimakan waktu, tanda-tanda kecil sudah terlalu banyak...kalau zaman Rasulullah SAW, susah kita nak cari bangunan pencakar langit...tapi hari ini. Terlalu banyak, bahkan negara kitalah yang memiliki bangunan pencakar langit tertinggi di dunia...kagum. Hari yang malang itu, telah pun berlalu. Namun keadaan tersebut meninggalkan kesan kepadaku. Aku merasa sakit sehingga ke hari ini, tanda rahmat Allah sayangkan kita...aku rasa bersyukur kerana keadaanku semakin baik. Moga Allah memelihara kita semua, jaga perkataan dan perlakuan. Masa semakin singkat rasanya...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home