Designed By: ehsanibnzaid


Saturday, August 20, 2005

KHUTBAH JUMAAT

Oleh: Keris Panglima


Kemungkaran mesti dicegah walaupun yang melakukannya adalah seorang raja dan golongan pemimpin yang zalim dan ahli maksiat kerana ia termasuk di dalam amal yang afdhal iaitu yang mempunyai kemuliaan disisi Allah swt. Bak kata pepatah melayu. “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Akibat berlalunya zaman yang panjang. Semangat juang ke atas agama turut kendur sehingga maksiat pemimpin sering disembunyikan dan maksiat orang awam diperbesar-besarkan. Ini adalah kesalahan umat Islam yang amat berbahaya, kerana dengan ini menjadi syarat utama musibah dan bala tertimpa ke atas mereka.

Lantaran itu Rasulullah saw telah bersabda di dalam hadith dari Saidina Ali ra yang bermaksud:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka, iaitu:
1. Apabila kekayaan Negara dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan (khianat)
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami taat kepada isteri (dayus)
5. Anak menderhakai ibubapa
6. Sedangkan dia (anak) berbaik-baik dengan temannya
7. Dan (anak) menjauhkan diri dari ibubapanya
8. Seseorang disanjung kerana kejahatannya
9. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid
10. Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat menjadi pemimpin
11. Arak diminum di mana-mana tanpa kawalan
12. Ramai lelaki memakai sutera
13. Artis disanjung tinggi dan dipuja
14. Bayak jenis muzik dimainkan
15. Generasi umat Islam kini menyalahkan umat Islam terdahulu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home