Designed By: ehsanibnzaid


Saturday, August 20, 2005

WORK SMART, NOT HARD

BEKERJA DENGAN BIJAK BUKAN DENGAN LEBIH KUAT


Kuat ialah tentang membebaskan potensi sebenar kita. Ia adalah bagaimana untuk memudahkan kita dan meningkatkan peluang-peluang kita untuk mencapai segala matlamat yang penting buat kita.
Ia adalah kepercayaan bahawa setiap kita berupaya untuk mencipta jenis kehidupan yang diingini sekiranya kita mempunyai disiplin diri untuk melepaskan potensi kita. Ia adalah tentang menikmati setiap hari kerana kita sendiri yang menentukan kehidupan kita. Ia adalah tentang memfokus pada perkara-perkara utama dan memahami bahawa kehidupan sebenarnya merupakan nujuman penyempurnaan kendiri kerana tindakan-tindakan kitalah yang mewujudkan masa depan kita.
BEKERJA DENGAN BIJAK BUKAN DENGAN LEBIH KUAT, bukan tentang menjimatkan beberapa minit dalam setiap hari, atau sehari dalam setiap minggu. Ia bukan tenteang menjadi pakar masa dan gerak. Ia tidak menggalakkan kita mengejar masa. Ia bukan tentang kesibukan, sebab kita sering boleh memanfaatkan masa kita dengan lebih baik dengan berhenti bekerja dan merenung sejenak. Kita perlu periksa kerja yang sedang kita lakukan untuk memastikan bahawa ia membawa kita ke arah yang betul. Jika kita tidak mempunyai hala tuju, maka apa yang kita lakukan tidak penting. Kita tidak perlu mempunyai kemahiran khas untuk berkelana.

Saya tidak menggariskan satu sistem yang perlu diikut dari awal hingga akhir. Isu tentang konflik peribadi adalah terlalu kompleks untuk ditangani oleh kaedah satu sistem tunggal. Apa yang berguna untuk seseorang mungkin tidak berfaedah bagi yang lain. Anda perlu memilih apa yang penting kepada anda pada suatu masa tertentu. BEKERJA DENGAN BIJAK BUKAN DENGAN LEBIH KUAT, ialah tentang memberi anda pilihan-pilihan yang berfaedah. Ia penuh dengan kaedah-kaedah yang praktikal dan berorientasikan hasil, pelbagai teknik dan taktik yang berkesan dan telah mendatangkan manfaat kepada beribu-ribu manusia pada hari ini.
Kebanyakan kita ingin mengetahui bagaimana untuk mendapat pulangan yang terbaik bagi pelaburan masa dan tenaga kita. Dalam kata lain, bagaimana untuk mendapat sesuatu yang lebih banyak sambil menjimatkan masa dan tenaga.
Melalui pengalaman dan kajian, saya mendapati perkara-perkara berikut sebagai penyumbang utama terhadap kegagalan dan kelesuan:

1. Ketidakrelaan untuk melabur dalam kerja hari ini untuk memperoleh ganjaran yang akan dihasilkannya pada masa depan.
2. Ramai orang hanya berusaha dengan separuh hati dan kemudian menggugurkan matlamatnya.
3. Mempunyai kepercayaan yang telah diprogramkan dan salah bahawa kita semua telah diajar tentang kerja.
4. Tidak mengetahui atau menentukan tentang apa yang diingini daripada kehidupan.
5. Pengurusan masa yang lemah.
6. Imej kendiri yang lesu, takut kegagalan, perasaan bersalah, perasaan marah yang berlebihan dan emosi yang tidak rasional lain-lain yang menyusutkan masa dan tenaga.
7. Sikap berlengah-lengah.
8. Ketidaksanggupan atau ketidakmampuan untuk menugaskan kerja dengan mahir kepada orang lain.
9. Komunikasi yang terputus.
10. Konflik antara perseorangan yang yang tidak wajar.
11. Gangguan lazim seperti mesyuarat, pelawat, dan panggilan telefon.
12. Dibanjiri oleh kerja menulis.
bersambung...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home