Designed By: ehsanibnzaid


Friday, December 30, 2005

AYUH SAMBUT TAHUN BARU CARA ISLAM

Oleh: abg khairul

Setiap tahun masyarakat di seluruh negara akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Masihi. Tidak kira apa jua bangsa dan agama, masyarakat Islam hari ini juga menyambut kehadiran tahun baru Masihi ini dengan begitu meriah sekali. Berbeza dengan menyambut tahun baru Hijrah. Mereka lebih cenderung untuk meraikan tahun Masihi berbanding mengikut Taqwim Hijrah. Kita harap semuanya ini nanti akan berubah sedikit demi sedikit kepada memeriahkan sambutan Ma’al Hijrah pada tahun-tahun mendatang.

Setiap negara akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya. Kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru. Apakah faedah yang diperolehi dengan menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk mengira masa sebelum bermulanya tahun baru. Ingatlah mengenai kepentingan masa, peredarannya yang semakin singkat apabila dunia menghampiri usianya.

30. Sebahagian manusia diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah; dan sebahagiannya lagi (yang ingkar) ditimpa kesukaran (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan itu pemimpin-pemimpin mereka selain dari Allah, serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayahNya.
31. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau. (Al-A’raf: 30-31)


Apabila diperhatikan keadaan anak-anak muda, sama seusia dengan penulis. Menghabiskan masa mereka untuk menyambut Tahun Baru. Penulis merasakan perlunya kita hari ini mengubah kaedah menyambut tahun baru ini dengan pergi ke masjid-masjid atau duduk di rumah seorang diri dan bermuhasabah diri mengenai setiap amalan yang telah kita lakukan sebelum-sebelum ini. Mungkin perkara ini dipandang remeh kerana kita rasa seolah-olah diri kita terlalu jauh dengan Tuhan disebabkan kesilapan-kesilapan lalu. Namun, sebenarnya kita tersilap bahawa keampunan Tuhan itu sebenarnya melebihi dugaan kita dan amatlah Pemurah dan Maha Pengampun.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mengasihi mereka yang memohon keampunannya. (Hadith Riwayat Al-Hakim dan Ibnu ‘Adi)

Masa yang singkat sebelum tibanya tahun baru ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Kita sebenarnya memerlukan masa untuk merancang mengenai kehidupan kita yang seterusnya. Ambillah peluang pada malam tahun baru untuk merancang prestasi hidup kita untuk tahun yang berikutnya. Siapa yang pernah terfikir untuk berbuat demikian, melainkan mereka yang sentiasa inginkan peningkatan dalam diri dan menjadi seorang yang berjaya di dalam hidupnya di dunia dan di akhirat. Ingat, peruntukkan dalam sehari untuk melatih diri merancang perjalanan dan menetapkan matlamat kita.

Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Peluang membaca doa selamat pada awal tahun baru merupakan amalan yang baik bagi menggantikan perbuatan berteriak dan menari-nari di pusat hiburan. Kesedaran dalam diri masyarakat dan mengamalkan ajaran agama pada hari ini amatlah penting bagi membina benteng pertahanan diri dari segala penyakit hati. Pesanan buat mereka yang mampu berdakwah, bimbinglah saudara-saudari kita dengan ikhlas dan tetapkan diri hanya meminta pertolongan Allah sekiranya kita menerima sebarang kesusahan. Semoga tahun baru ini lebih memberikan manfaat kepada kita dan meyumbangkan generasi pewaris ad-Deen yang mulia ini.
Apa yang penulis hantar ini merupakan suatu alternatif kepada yang lebik baik, supaya dapat generasi hari ini membina kehidupan yang lebih sejahtera dan lebih selesa.

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum..
dunia akhir zaman..penuh dgn dugaan
suatu hari,ketika sedang makan..saya terdengar seorang hamba Allah meluahkan rasa sedihny coz tak dapat pegi countdown for new year..terikat dgn peraturan metrik..sedihny menyababkan air mata saya ingin mengalir..mengapa begitu sekali??
sedih coz tak dpt g countdown??
lalu jauh dari sudut hati insan yag kerdil ini berdoa dan memohon agar sahabat tadi suatu hari nanti akan menangis hanya bila mengadap Mu Aminn

6:38 PM  
Blogger howardmartinez9941 said...

I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. My blog is just about my day to day life, as a park ranger. So please Click Here To Read My Blog

9:01 AM  
Anonymous zaytuna said...

Assalamuaalaikum

nice blog...teruskn istiqamah. tak nak komen ttg artikel ni. tapi nak tanya mcm mana nak post picture dlm blog?

jazakaLLah

5:03 PM  
Blogger ehsan ibn zaid said...

to howardmartinez:
Thanks for visited my blog...also the comments.U have nice blog and i think it is a good one.nice to know u.

10:04 PM  
Blogger ehsan ibn zaid said...

to zaytuna:
Post gambar directly utk new post. Insert picture...browse gambar yg kita nak publish & upload...sampailah loading is completed.

10:07 PM  
Anonymous Muslimah said...

Assalammu'alaikum. Alfun shukran kerana sudi mengongsi artikel ini dengan kami semua. Saya ingin sekali mengambil artikel ini untuk perkongsian bersama sahabat-sahabat yang lain. Harapan saya saudara tidak keberatan. Salam Ukhwah Fillah! [:

10:01 PM  

Post a Comment

<< Home